Pelawat Blog

Sikap Perempuan Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

ni aku ada sedikit info yang tak lah gempak sangat tapi untuk suka suki aku mempemirkannyer....

.

Lelaki suka
.
1. Sikap kelakar
2. Budi pekerti dan kesopanan
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Pandai memasak
6. Pandai dalam mengenakan pakaian
7. Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8. Tak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
10. Tak terlalu seksi dalam berpakaian
11. "Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang"
12. Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
13. Berwawasan atau bercita-cita tinggi
14. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
16. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
17. Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
18. Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
19. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
20. Sikap keibuan
21. Sukakan kanak-kanak
22. Suara lembut tanpa dibuat2
23. Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
24. Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
25. Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
26. Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
27. Tahu bersyukur
28. pandai berjimat-cermat
29. tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
.
Lelaki Tak Suka
.
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Hisap rokok
5. "Kau ni macam orang tiga suku!"Mengutuklah tu...
6. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
7. Wanita yang suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
8. "Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!"
9. "Jangan cuba beritahu I apa yang patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan.."
10. Wanita yang hipokrit
11. Pembohong dan suka mencari alasan
12. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
13. Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
14. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
15. Pengotor dan pemalas
16. Tak bertanggungjawab langsung
17. Tak pandai mengemas
18. Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
19. Kuat berleter walau hal remeh temeh
20. Boros berbelanja
21. Tak tahu memasak
22. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
23. "Queen Control" atau suka mengarah2
24. Tak pandai bergaya atau selekeh
25. Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
26. Suka mengungkit2 hal-hal lalu
27. Panas- baran
28. Kuat merajuk dan sukar dipujuk
29. Terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi tak mahu mengakui kesilapan dan ego

mcm mane korang rase..... ada tak kat korang sikap tu??? tepuk lah dada tanyer diri sendiri...hehehehe

Rahsia Bunga Ros






Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepada wanita.
tapi korang tau tak rahsia dan makna untuk kuntuman bunga ros yang korang bagi??? ha ni nok bg tau

Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.


1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is “Regretless Love”.

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, ’till forever

Skang dah tau maknanyer kan... So korang pk la Sendiri nak bg berape...

kisah "kakiku Kena Simen"


Al kisah...... satu hari... awan yang sarat gelap memenuhi seluruh langit.... masa tu tiada lagi matahari... malahan kapal terbang yang kelihatan membuat akrobatik di awanan.....

Seperti biasa walau pun langit pesertinya nak ribut... aku dengan hobiku.... ingin pergi mengeteh kerana telah sampai waktunya....( waktu mengeteh).. dalam keadaan kekaburan dan ketidak jelasan pandangan...

aku terus memulas padel minyak ku supaya tidak kebasahan kalau ujan tibe2 turun.. dan cepat sampai ke warung...

dalam kekalutan dan keinginan yang tinggi untuk pergi mengeteh... aku...... dalam keadaan yang tak seberapa ok nak bawak moto ........tetibe je.... merasakan tayarku terlanggar lubang besar di jalan...

aku terpelanting....tika itu ape yang dapat aku rasekan...aku terbang untuk seketika(bukan semua orang leh terbang)..... aku senyum..... GEDEBANGGGGGG!!! ...

menyungkur aku jatuh... waktu itu pun hujan mula turun renyai......

aku cuba bangun...tapi..."adoiiii"... kaki kanan ku .....patah.....patah di bahagian antara lutut dan buku lali...atau bahagian tu nama saintefiknye...

tulang kering.... kebetulan dalam kesakitan itu lalu sebuah kereta dan berhenti membantu ku ... terus menghantarku ke hospitak... mata aku gelap.... tak sedar dah pengsan.....

bila aku sedar....aku di hospital... mata aku silau.... tangan aku luka2 kecil... belakang aku sakit...

ada seseorang berpakaian putih di sebelah ku.... doktor kot.... ahhh... kaki aku sakit.... aku lihat kaki kanan ku tergantung....

ehhh kaki kiri aku berat.... ahh tidak kaki kiri aku juga patah ke ..disimen... ahhhh


aku : Doktor... kaki saya dua2 patah ker dokter??
Doktor : bertenang jgn panic... awak dah ok kat sini...
aku : Doktor say tanyer kaki saya ni dua2 patah ker?
Doktor : awak tgk lah sendiri.......


aku pun duduk dan tgk...... sesuatu yang pelik ni....


aku : Doktor! kaki saya...kaki saya yang kanan ni patah...kenapa tak simen .... kenapa simen
kaki kiri???
Doktor : Yang patah tu biarkan lah patah... yang tak patah kita kene perTAHANkan!!! (penuh
semangat)

aku : Natang doktor ni............

Cinta Luar Biasa


Cinta luar biasa..

Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..


Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .
Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .


Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..


Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..


Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..


Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

carita PERTANDINGAN PAINTBALL


Ni Cerita Paintball ... Pertandingan dulu2...lama dah... tapi saje nak letak juga...
masa ni pertandingan peringkat kebangsaan...
team koi ni kalah... tapi kepuasan tu ada...hehehehe



Ni lah team koi




Sebahagian dari aksi2 mendebarkan...



Bergambar kenangan bersama Pengarah Besar Felda



sama la dgn yang atas tu hahahaha...



orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan beramai2 di medan Painball...ni lah orangnyer...
tapi lobam juga...
alah bisa tegal biasalah kata kan...


ANTARA BAHASA2 PAHANG UNTUK RODONG-RODONG KOI

Untuk rodong-rodong koi...koi sediakan kamus loghat Pahang untuk oakme menelaah..
kalu ande yang saloh koi mohon maaf la ye... dan kalau ande yang tak cukup dan ande penambahan sile la utuskan komen oakme... k semoge oakme semue suke.

A
Aok - awak
Ampuh - sempat
B
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Berte'eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke...disebut
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut

C
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung

D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku
E
F
G
Gohek - kayuh
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata

H
Habat/habad - pengotor
Hantoi - lembap,slow pergerakan
I
J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala

K
koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
Kair - (ke air)maknanya..pergi ke sungai.ngail
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
kehut,kehot,kehak - letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek
Kecah - Lecak
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
Kememe - sama cam tembe gak
kekalu - emping dibuat dari padi pulut
kerajat - taktau (kena tanya tihani ni)
komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kepok - tempat simpan padi
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
kodi/kudi? - ketinggalan zaman
keknya - tetapi
kipai - letih /lenguh tangan
kahat -(jarang digunakan)
kenit - kecil
kederat - upaya

L
lat - tenggang/jarak masa
lantak aok - suka hati awak
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam,
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
lecoh - becak
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
lembang(berlembang) - sepah, berterabur

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud berdampingan
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Merahang - (jarang digunakan)
Masam Menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
menganjing - mengada..hehe
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang

N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh

O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!

P
Pedooh' - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam...ishh...teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
Podot - sumbatcth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar

Q

R
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
Racik - jerat ayam hutan
Ralit - kusyuk
Rege - harga

S
Sesemut -kebas kaki
Senyour- kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
sangei - tudung saji
sengkawang -(tak tau makna dia ni)
Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se'eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se'ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!
Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir

T
Taruk - letak
tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

U

V

W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.

X

Y

Z

KENAPA CHEWING GUM KENE BANNED DI SINGAPORE

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore.
Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam.

Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore:

"ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore"

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

44 pantang larang bakal pengantin

ha kepada sahabat2 sahabat ku yang nak kawin...ni aku nok kabo kan... pantang larang ni bukan lah ape just kepercayaan orang dulu-dulu yang sedikit sebanyak masih ada diamalkan lagi oleh orang skang... ada yang pegang kuat padanya dan ada yang wat tak tau jer... tapi tidak lah mendatangkan ape2 kerugian kepada sahabat2 untuk membaca dan sedikit sebanyak mengambil tahu tentang pantang larang ini... sbb biasanya pantang larang orang dulu-dulu ni tidak lah mendatangkan sebarang keburukan malahan mendatangkan kebaikan kepada kita... Adat bukan agama dan jangan agama jadi adat

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

20 sebab tidak perlu minta maaf

korang mesti pernah rase bengang..mcm tu jugak aku... pernah tak korang mintak maaf walaupun pada hakikatnya bukan korang salah pun....so ada 20 sebab kenapa korang tak perlu minta maaf merujuk kepada kat bawah ni lah bukan merujuk kitab tajul muluk ke ape ker.....

sebab kadang2 benda ni pun jadi kat diri sendiri hahahaha... so sebab-sebabnyer mcm dibawah tu le

1 – PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 – BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 – TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 – TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 – MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17 – ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 – TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 – TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 – DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

SENI PEPERANGAN SUN TZU

...dulu aku pernah lah diajar secara asas tentang ilmu ni... pada pendapat aku semua orang patut tau tentang ilmu ni.. sebab boleh di aplikasikan pada semua hal.. perniagaan...kehidupan...pekerjaan..dan mcm2 lagi... disini aku bagi secara ringkas beberapa strategi dalam SUN TZU...

Strategi untuk Menang

Strategi 1

Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktiviti biasa sehari-hari.

Strategi 2

Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao.

Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya. Ketahui bahwa musuh tidak selalu kuat di semua hal. Entah dimana, pasti ada celah di antara senjatanya, kelemahan pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda dapat menyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untuk melemahkannya secara psikologi.

Strategi 3

Bunuh dengan pisau pinjaman.

Serang dengan menggunakan kekuatan pihak lain (karena kekuatan yang minim atau tidak ingin menggunakan kekuatan sendiri). Perdaya sekutu untuk menyerang musuh, sogok orang kepercayaan musuh untuk menjadi penghianat, atau gunakan kekuatan musuh untuk melawan dirinya sendiri.

Strategi 4

Buat musuh kelelahan sambil menghemat tenaga.

Adalah sebuah keuntungan, merencanakan waktu dan tempat pertempuran. Dengan cara ini, anda akan tahu bila dan di mana pertempuran akan berlangsung, sementara musuh anda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia-sia sambil anda mengumpulkan/menghemat tenaga. Saat ia lelah dan bingung, anda dapat menyerangnya

Strategi 5

Merompak sebuah rumah yang terbakar.

Ketika sesebuah negara mengalami konflik dalaman, ketika terjangkit penyakit dan kelaparan, ketika korupsi dan kejahatan maharajalela, maka ia tidak akan boleh menghadapi ancaman dari luar. Inilah waktunya untuk menyerang.

Strategi 6

Berpura-pura menyerang dari timur dan menyeranglah dari barat.

Pada tiap pertempuran, elemen dari sebuah kejutan dapat menghasilkan keuntungan ganda. Bahkan ketika berhadapan langsung dengan musuh, kejutan masih dapat digunakan dengan melakukan penyerangan saat mereka lengah. Untuk melakukannya, anda harus membuat perkiraan akan apa yang ada dalam benak musuh melalui sebuah tipu daya.

Strategi Berhadapan dengan Musuh

Strategi 7

Buatlah sesuatu untuk hal kosong.

Anda menggunakan tipu daya yang sama dua kali. Setelah bereaksi terhadap tipuan pertama dan –biasanya- kedua, musuh akan ragu-ragu untuk bereaksi pada tipuan yang ketiga. Oleh karenanya, tipuan ketiga adalah serangan sebenarnya untuk menangkap musuh saat pertahanannya lemah.

Strategi 8

Perbaiki jalan utama untuk mengambil jalan lain.

Serang musuh dengan dua kekuatan utama.. Yang pertama adalah serangan langsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh mempersiapkan pertahanannya. Yang kedua secara tidak langsung, sebuah serangan yang menakutkan, musuh tidak mengira dan membagi kekuatannya sehingga pada saat-saat terakhir mengalami kebingungan dan kekalahan.

Strategi 9

Pantau api yang terbakar sepanjang sungai.

Tunda untuk memasuki wilayah pertempuran sampai seluruh pihak yang bertikai mengalami kelelahan akibat pertempuran yang terjadi antara mereka. Kemudian seranglah dengan kekuatan penuh dan habiskan.

Strategi 10

Pisau tersarung dalam senyuman.

Puji dan ampu musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahasia.

Strategi 11

Mengorbankan perak untuk mempertahankan emas.

Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek untuk mendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.

Strategi 12

Mencuri kambing sepanjang perjalanan.

Sementara tetap berpegang pada rencana, anda harus cukup fleksibel untuk mengambil keuntungan dari tiap kesempatan yang ada sekecil apapun.

Strategi Penyerangan

Strategi 13

Kejutkan ular dengan memukul rumput di sekitarnya.

Ketika anda tidak mengetahui muslihat lawan secara jelas, serang dan pelajari reaksi lawan. Perilakunya akan membongkar strateginya.

Strategi 14

Menghidupkan kembali orang mati.

Ambil sebuah idea, teknologi, atau sebuah teknik yang telah dilupakan atau tidak digunakan lagi dan gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Hidupkan kembali sesuatu dari masa lalu dengan memberinya tujuan baru atau terjemahkan kembali, dan bawa idea-idea lama, kebiasaan, dan tradisi ke kehidupan sehari-hari.

Strategi 15

Memancing harimau untuk meninggalkan sarangnya.

Jangan pernah menyerang secara langsung musuh yang memiliki keunggulan sebab posisinya yang baik. Pancing mereka untuk meninggalkan sarangnya sehingga mereka akan terjauh dari sumber kekuatannya.

Strategi 16

Pada saat menangkap, lepaslah satu orang.

Mangsa yang terdesak biasanya akan menyerang secara membabi buta. Untuk mencegah hal ini, biarkan musuh percaya bahwa masih ada kesempatan untuk bebas. Hasrat mereka untuk menyerang akan hilang dengan keinginan untuk melarikan diri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang mereka inginkan tersebut tak terbukti, moral musuh akan jatuh dan mereka akan menyerah tanpa perlawanan.

Strategi 17

Melempar Batu Bata untuk mendapatkan Jed.

Persiapkan sebuah perangkap dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalam perang, umpan adalah ilusi atas sebuah kesempatan untuk memperoleh hasil. Dalam keseharian, umpan adalah ilusi atas kekayaan, kekuasaan, dan wanita.

Strategi 18

Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya.

Jika tentara musuh kuat tetapi dipimpin oleh komandan yang mengandalkan wang dan ancaman, maka tangkap pemimpinnya. Jika komandan mati atau tertangkap maka sisa pasukannya akan terpecah belah atau akan lari ke pihak anda. Akan tetapi jika pasukan terikat atas sebuah kesetiaan terhadap pimpinannya, maka berhati-hatilah, pasukan akan dapat melanjutkan perlawanan dengan semangat balas dendam.

Strategi Huru-Hara

Strategi 19

Jauhkan kayu bakar dari tungku masak.

Ketika berhadapan dengan musuh yang sangat kuat untuk menghadapinya secara langsung anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan formasinya dan menyerang sumber kekuatannya.

Strategi 20

Memancing di air keruh.

Sebelum menghadapi pasukan musuh, buatlah sebuah kekacauan untuk memperlemah pikiran dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang tidak biasa, aneh, dan tak terpikirkan sehingga menimbulkan kecurigaan musuh dan mengacaukan pikirannya. Musuh yang bingung akan lebih mudah untuk diserang.

Strategi 21

Lepaskan kulit serangga.

Ketika anda dalam keadaan terdesak, dan anda hanya memiliki kesempatan untuk melarikan diri dan harus membentuk pasukan, buatlah sebuah ilusi.
Sementara perhatian musuh tertumpu atas muslihat yang anda lakukan, pindahkan pasukan anda secara rahasia di belakang muka anda yang terlihat.

Strategi 22

Tutup pintu untuk menangkap pencuri.

Jika anda memiliki kesempatan untuk menangkap seluruh musuh maka lakukanlah, sehingga dengan demikian pertempuran akan segera berakhir. Membiarkan musuh untuk lepas akan menanam bibit dari masalah baru. Akan tetapi jika mereka berhasil melarikan diri, berhati-hatilah dalam melakukan pengejaran.

Strategi 23

Berteman dengan negara jauh dan serang negara tetangga.

Lazimnya diketahui bahwa negara yang bersempadanan satu sama lain menjadi musuh, sementara negara yang terpisah jauh merupakan sekutu yang baik. Ketika anda adalah negara yang terkuat di sebuah wilayah, ancaman terbesar adalah dari negara kedua terkuat di wilayah tersebut, bukan dari yang terkuat di wilayah lain.

Strategi 24

Cari laluan aman untuk menjajah Kerajaan Guo.

Pinjam kekuatan sekutu untuk menyerang musuh bersama. Sesudah musuh dikalahkan, gunakan kekuatan tersebut untuk menempatkan sekutu anda pada posisi pertama –untuk diserang-.

Strategi Pendekatan

Strategy 25

Gantikan balak dengan kayu buruk.

Kacau formasi musuh, ganggu operasinya, ubah peraturan-peraturan yang digunakannya, buatlah sebuah hal yang berlawanan dengan latihan standardnya. Dengan cara ini anda telah meruntuhkan tiang-tiang penyokong yang diperlukankan oleh musuh dalam membangun pasukan yang kuat.

Strategi 26

Lihat pada pohon muberi dan ganggu ulatnya.

Untuk mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan suatu pihak yang status atau kedudukannya di luar pertemuan secara langsung; gunakan ejekan atau sindiran. Tanpa langsung menyebut nama, pihak yang tertuduh tidak akan dapat memukul balik tanpa ketahui pihak yang jelas.

Strategi 27

Berlagak cerdik.

Sembunyi di balik muka cerdik, mabuk, atau gila untuk menyebabkan kebingungan utk tujuan dan motif anda. Perangkap lawan anda ke dalam sikap meremehkan kemampuan anda sampai pada akhirnya terlalu yakin akan diri sendiri sehingga menurunkan tahap pertahanannya. Pada situasi ini anda dapat menyerangnya.

Strategi 28

Robohkan jembatab ketika musuh telah sampai di atasnya.

Dengan umpan dan tipu muslihat perdayakan musuh anda ke dalam daerah berbahaya. Kemudian putuskan ruang komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untuk menyelamatkan dirinya, dia harus bertarung dengan kekuatan anda dan sekaligus elemen alam.

Strategi 29

Hias pohon dengan bunga palsu.

Menampalkan sutera di atas pohon memberikan sebuah gambaran bahwa pohon tersebut sehat. Dengan menggunakan muslihat dan penyamaran akan membuat sesuatu yang tidak bernilai tampak berharga; tak mengancam kelihatan berbahaya; bukan apa-apa kelihatan berguna.

Strategi 30

Jadikan tuan rumah dan tetamu bertukar tempat.

Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup ke dalam benteng lawan dengan muslihat kerjasama, penyerahan diri, atau perjanjian damai. Dengan cara ini anda akan menemukan kelemahan dan kemudian saat pasukan musuh sedang beristirahat, serang secara langsung ke kubu pertahanannya.

Strategi Kalah

Strategi 31

Perangkap indah.

Kirim kepada musuh anda perempuan-perempuan cantik yang akan menyebabkan perselisihan di kubu pertahanannya. Strategi ini dapat bekerja pada tiga tingkatan. Pertama, pemimpin akan terpesona oleh kecantikannya sehingga akan melalaikan tugasnya dan tingkat kewaspadaannya akan menurun.
Kedua, para laki-laki akan menunjukkan sikap agresifnya yang akan menimbulkan perselisihan kecil di antara mereka, menyebabkan lemahnya kerjasama dan jatuhnya tahap semangat. Ketiga, para perempuan pihak musuh akan terganggu oleh rasa cemburu dan iri, sehingga akan membuat masalah yang pada akhirnya akan semakin memperburukan situasi.

Strategi 32

Kosongkan benteng.

Ketika musuh kuat dalam segi jumlah dan situasinya tidak menuntungkan bagi diri anda, maka batalkankan seluruh muslihat ketenteran dan bertindaklah seperti biasa. Jika musuh tidak mengetahui secara pasti situasi anda, tindakan yang tidak biasanya ini akan meningkatkan kewaspadaan. Dengan sebuah keberuntungan, musuh akan mengurangkan serangan.

Strategi 33

Biarkan pengintip musuh menyebarkan konflik di wilayah pertahanannya. (Gunakan pengintip musuh untuk menyebarkan maklumat palsu.)

Perlemah kemampuan tempur musuh anda dengan secara diam-diam dengan membuat konflik antara musuh dan teman, sekutu, penasihat, komander, tentera, dan rakyatnya. Sementara ia sibuk untuk menyelesaikan konflik dalamannya, kemampuan tempur dan bertahannya akan lemah.

Strategi 34

Lukai diri sendiri untuk mendapatkan kepercayaan musuh. (Masuk ke dalam perangkap; jadilah umpan.)

Berpura-pura terluka akan mengakibatkan dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, musuh akan bersantai sejenak oleh karena dia melihat anda sebagai bukan sebuah ancaman serius. Yang kedua adalah jalan untuk menipu musuh anda dengan berpura-pura luka oleh sebab itu musuh akan merasa aman.

Strategi 35

Ikat seluruh kapal musuh secara bersusun. (Jangan pernah bergantung pada satu strategi.)

Dalam hal-hal penting, seseorang harus menggunakan beberapa strategi yang dijalankan secara serentak. Tetap berpegang pada rancangan berbeza-beza yang dijalankan pada sebuah skala besar; dengan cara ini, jika satu strategi gagal, anda masih memiliki beberapa strategi untuk tetap maju.

Strategi 36

Selain dari semua hal di atas, salah satu yang paling dikenal adalah strategi ke 36:

Lari untuk bertempur di lain waktu. Hal ini diabadikan dalam bentuk peribahasa Cina:

”?????????“ maksudnya “Jika seluruhnya gagal, mundur”

Jika keadaannya jelas bahwa seluruh rancangan anda akan mengalami kegagalan, bermundurlah dan bentuk pasukan. Ketika pihak anda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, berdamai, atau melarikan diri. Menyerah adalah kekalahan mutlak, berdamai adalah setengah kalah, tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan. Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!

Tips Penulisan Blog

Dalam apa saja cara yang melibatkan penulisan perlu mengikut format tertentu untuk memperlihatkan kekemasan dan dapat menarik sesiapa sahaja yang ingin membaca. Dalam kes-kes yang melibatkan penulisan sering menjadi persoalan dimana mereka perlu tahu format yang disediakan. Seperti penulisan di akhbar dan novel.

Dunia kini memandang serius akan artikel yang dihasilkan dari blog-blog seluruh dunia. Apabila penulisan di blog bakal menjadi kerjaya maka perlu dititikberatkan tentang kekemasan dan disiplin dalam penulisan.

Bezanya penulisan blog lebih bersifat individual dan bebas tetapi perlu juga diberi perhatian agar nampak keseriusan penulisnya.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan seperti,

Tajuk - Beri tajuk artikel yang lebih menarik seperti tajuk artikel ini yang lebih bersifat ilmiah seperti berbentuk persoalan, tip atau teknik. Contoh seperti “Tip Menulis Blog”, “Bagaimana Menulis Dengan Betul” dan “Apakah Cinta Boleh Dijual Beli!?”.

Fakta - Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik. Ini penting kerana ia sebagai pelengkap apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut.

Huraian - Penerangan lebih lanjut tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikan. Biasanya disini diberikan contoh atau bukti untuk menguatkan fakta yang dimaksudkan.

Kesimpulan - Akhir sekali, penulis perlu beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulisnya. Disini penulis punyai kesempatan untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya. Atau disini penulis boleh berinteraksi dengan pembaca untuk berbincang tentang topik yang disampaikan.

Tak kisahlah kau menulis tentang kisah yang serius atau santai tapi tekniknya haruslah sama dan tidak terlalu remeh. Ini penting untuk tarik pembaca yang pentingkan kebijaksanaan penulis. Secara tak langsung ia juga dapat menarik kepercayaan pembaca untuk terus membaca artikel yang ditulis.

Kau juga punyai pengalaman tertentu dan pandangan yang dapat dikongsikan bersama. Apa pandangan kau?

~megat.net

Bila???

ini komen pertama yang aku buat sebab sebelum ni aku menguruskan blog aroracinta.blogspot.com tapi aku leh plak lupa password dia... natang tul orang terengganu kata.. blog ni aku wujudkan sebagai tempat aku menulis ape saja yang aku teringin nak tulis ..... sbb kadang2 pada wak tu aku bosan aku suka menaip.... kalau dulu ada diari skang dah tak ada...

entah bila la aku nak ingat semula password yang hilang tu sbb ada eberapa perkara yang aku nak edit di sana... juga password yang sama aku guna untuk tutup blog rakan muda parlimen bera yang dulu dikelola oleh aku sendiri tetapi skang tidak lagi...

ape2 pun ini lah bloh sempoi aku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...