Pelawat Blog

Aksi Nora Danish Di Gurun Al Badayer Sebentar Tadi









Seronok sangat die......... 



Shopping2 jumpa lemon beribu2 lemon

AES - Prosiding saman di tangguhkan, saya mang pada awal xsetuju natang AES ni ada kat tepi jalan. dari sudut keselamatan dan pendidikan mungkin setuju tapi dari segi tender yang jemm sebab syarikat yang handle tu. Kalau syarikat swasta mesti nak untung. Niaga pun org tipu timbang . Kelajuan AES xleh tipu ke haiiyahhh

Ni aktiviti hujung minggu ari tu ke dusun ambik rambutan dan durian , yang dalam pic tu Faiz dan Abg Min memikul rambutan setelah dikutip.. Lepas tu lepak kat air terjun mandi manda , dalam kesejukan sambung kutip durian hehehe jemm

Berarak mendung kelabuuu ewah hehe nyanyi pula.. Mcm ni lah cuaca hujung tahun musim tengkujuh.. Sejuk dingin ngantuk layu sayu sayur... Semoga semangat yg tidak pernah luntur.. Slamat entry di hari rabu.. Zon A jaga2 :)

Assalamualaikum... McD ada org suka ada org xberapa tapi apa pun dia kepunyaan musuh org islam dan musuh yang paling banyak membunuh waris-waris , saudara mara dan keluarga kita yang beragama islam di palestine.. Jadi patutkah kita terus menyalurkan sumbangan walau 10sen kepada mereka untuk membolehkan mereka terus boleh membunuh saudara kita sendiri...

Bonsai

untuk entry kali ni aku berminat untuk share 1 lagi perkara yang aku memang minat lakukan selain trade forex... Bak kata guru.. trade ni sehari dapat 20 pip pun dah besar jadi kene ada benda lain juga 

BONSAI @ PENZHAI ??

Rujuk kepada maksud sebutan dari lidah orang Jepun, BONSAI ( 盆栽 ), iaitu Bon dan Sai adalah bermaksud “Bon-盆"-bekas/Pasu dan “ Sai - 栽“- pokok/tanaman. Terjemahan dalam bahasa iaitu pokok/tanaman dan pasu, atau pokok yang hidup didalam pasu. Manakala PENZHAI ( 盆栽) adalah sebutan lidah orang Cina ( Mandarin ), maksudnya sama, perhatikan karakter tulisan Kanji ( 盆栽).Orang - orang Jepun telah berjaya mempopularkan menanam pokok didalam pasu/bekas dan membezakan perkataan “ Bonsai “ dan "Penzhai" melalui hasil Seninya.

Rumusan : Asasnya Bonsai dan Penzhai adalah SAMA (盆栽).Tetapi orang Jepun membezakannya dengan :
- Penzhai adalah seni tanaman pokok semulajadi yang tidak banyak memerlukan latihan bagi menjadikan pokok itu cantik dan menarik, pokok yang hidup bebas dengan tidak terikat kepada peraturan dan syarat, manakala
- Bonsai adalah seni tanaman pokok yang perlu mengikut peraturan atau syarat yang dicipta. Kekemasan dan keindahan sepohon pokok itu perlu mematuhi spesifikasi seperti ukurlilit batang, dahan dan ranting, serta ketinggian pokok dan berbagai lagi , barulah dikategorikan sebagai pokok Bonsai.

Melalui keterangan diatas, bolehlah dibezakan yang mana Bonsai dan Penzhai ?

jadi apabila berkelapangan amatlah menarik kita mendekati seni Bonsai ini selain seni Forex..hehe
ini kerana kepuasannya dan ketekunannya yang akan memakan masa bertahun2 untuk mendapatkan hasil seni yang terbaik..

dibawah disertakan gambar2 pohon bonsai terbaik yang kebanyakkannya berusia lebih 5 tahun 














 

BOIKOT TERUS

Genjatan Senjata Akan Bermula Jam 9 Mlm ini tetapi Boikot tetap boikot..
Salah satu cara untuk melemahkan negara musuh islam ni hanyalah dengan melemahkan ekonominya


1. Fast Food
- Mc Donald's

2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing

- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products

- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)

- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex

- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company

Lokasi Dan Koordinat Pemasangan AES

Entry Kali Ni saya Sharekan Lokasi Dan Koordinat Pemasangan AES...
Kalau Negara Lain Ada Papan Tanda 500 meter sebelum AES Supaya Rakyat Tahu Lokasinya..
Tetapi Negara Kita Sesetengah AES Sengaja Disorokkan Dan Tiada Papan Tanda Kerana Kontraktor Yang Mendapat Projek Ini Akan Bertungkus Lumus Mendapatkan Sebanyak Mungkin Saman Walaupun Mungkin Lebih 1km/j...

Jadi Mungkin Lepas Ni kita Leh Pakat2 Pegi Bengkel Untuk Adjust Meter Masing2 Supaya 10km/j Lebih Rendah dari Sebenar Mana La Tau Kontraktor Blasah Adjust Meter Dia ... Biasa La Niaga Pun Ada Berlaku Tipu Timbang Berat... Ini Kan Pula Meter Laju.. PPuuuihh !




Untuk Maklumat Lokasi Pemasangan Dan Koordinat Pemasangan Sila Klik Link Dibawah








ONLINE SHOPPING GUNA LR

kali ini saya nak share satu info yang menarik..mungkin menarik bg para Trader Forex juga... 

kini terdapat banyak website dan blog yang menyediakan perkhidmatan perniagaan online tetapi hari ini saya terjumpa satu blog yang mana ia diluar kebiasaan, web site lain biasanya akan menggunakan maybank2u dan sebagainya untuk tujuan pembayaran.. 

 tetapi blog dari syarikat Blue Cube Trading yang menyediakan perniagaan jualan online ini memberi kita pilihan untuk membuat bayaran menggunakan Liberty Reserve ( LR )biasa trader2 guna sebab ia dalam USD dan Maybank2u... 

kemudahan yang menarik untuk para trader2...
Photobucket
Pelbagai Barangan telah dan sedang di keluarkan untuk pilihan yang pelbagai... 

apa lagi jom kita jadi FOLLOW this blog tanda sokongan 


Ciri-ciri Forex trader yang berjaya



Saya tidak pernah sesekali memikirkan forex ini sebagai permainan malah ia  adalah satu perniagaan yang perlu mempunyai  strategi dan pelan tindakan yang sangat sangat rapi. Oleh itu kita perlu merenung seketika apa kah yang sedang kita lakukan.

Adakah telah menepati kesemua ciri-ciri untuk kita menjadi seorang trader yang berjaya suatu hari nanti?

Adakah kita sudah mempunyai pengetahuan dan ilmu forex dari sumber yang sewajarnya?

Ada yang beranggapan ianya boleh didapati hanya melalui internet, saya tidak menyangkal tapi ia hanya sebahagian kecilnya sahaja. Sekiranya benar tanggapan itu maka mudahlah untuk sesorang yang ingin menjadi doktor dan sebagainya dengan hanya melayari internet dan mendapatkan segalanya disitu. Perlu kita ingat mengapa kita menceburi dunia forex?

Rata-rata beranggapan ia mempunyai satu level pendapatan yang jauh lebih tinggi dari apa yang kita perolehi sekarang ini. Itulah sebabnya bank bank menjadikan forex sebagai salah satu sumber keuntungan. Sekiranya ini benar, kita perlu bersikap adil pada diri sendiri untuk memperuntukkan sedikit masa tapi pastinya ia tidaklah selama kita berada dialam persekolahan dahulu dan untuk kita beroleh kejayaan perlulah kita melakukan perkara yang sewajarnya

Mengapa terjadi nya golongan 97%?. Golongan inilah yang beranggapan forex ini terlalu mudah sehingga mereka lupa mengenai proses. Iaitu proses untuk kita menjadi seorang trader dalam erti kata yang sebenar. Mereka suka untuk mengambil jalan singkat dan mudah dan tidak sanggup berkorban untuk kebaikan malah lebih suka mengorbankan wang ringgit mereka hanya untuk memenuhi kemahuan mereka untuk trading setiap kali membuka laptop dan akhirnya kecundang. Setiap kali ini berlaku mereka bertekad untuk mencuba lagi dan seterus nya berlaku perkara yang sama.

Kemampuan kita menahan perasaan dan dapat melihat peluang yang sebenar perlu melalui proses pembentukan yang ia nya tidak akan terjadi dalam sekelip mata. Tetapi setelah anda memiliki , kita tidak akan gusar lagi dengan apa yang akan berlaku pada pasaran. Kerana kita berada ditahap yang sama sepertimana mereka yang telah berjaya.

Kemampuan kita menganalisa secara sendirian, mengatur strategi dan mempunyai plan tindakan, inilah yang akan meyakinkan kita. Didalam forex kita banyak berlegar pada soal keyakinan.. Bagi saya percaya dan yakin adalah dua yang berbeza, percaya tanpa yakin (tindakan) tidak akan mendatangkan apa apa dalam forex sebaliknya percaya yang berdasarkan fakta disusuli dengan tindakan ini lah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya.

Kesimpulannya untuk anda berjaya dalam forex anda mestilah mampu untuk berfikir sepertimana golongan kecil berfikir 3%. Sekiranya anda mampu berfikiran sebegitu dengan melakukan strategi,tindakan langkah langkah dan keputusan yang menjurus kepada seorang trader yang  professional maka keuntungan itu akan datang dengan sendirinya..

Tips psychology untuk menjadi trader professional

Tips bagi trading psychology

Overtrading adalah satu isu yang menjadi masalah dan obstacle besar bagi trader – trader yang baru akan hadapi. Salah satu daripada apa yang dilakukan oleh trader professional ialah, mereka sebenarnya melakukan jumlah trade yang amat sedikit. Mereka akan menantikan masa yang tepat berdasarkan rules dan system mereka untuk mereka melakukan trading execution.

Setup trade yang sempurna itulah yang ditunggu tunggu oleh trader professional. Ini kerana mereka tahu apabila keadaan tersebut muncul, ianya merupakan satu kebarangkalian yang tinggi bahawa keadaan tersebut akan berpihak kepada mereka . bagaimana mereka tahu keadaan akan berpihak kepada mereka?.

Ianya adalah dengan menyimpan JOURNAL DAN REKOD system dan rules trading mereka. Berdasarkan rekod dan journal tersebut mereka akan berdepan dengan keadaan-keadaan tersebut berkali kali sepanjang mereka menyimpan journal. Ianya secara langsung melatih minda separa sedar mereka untuk bertindak dengan TENANG dan YAKIN apabila mereka bertembung dengan situasi dan keadaan tertentu yang membolehkan mereka beroleh keuntungan daripada keadaan tersebut.

Sebagai contoh :

Situasi 1

Bayangkan anda berada di dalam sebuah bas dan anda ingin pulang kerumah anda. Dalam perjalanan tersebut anda akan bertembung dengan beberapa tanda yang menyatakan bahawa destinasi yang anda tuju adalah semakin hampir.

Berdasarkan signboard, simpang, bentuk muka bumi dan sebagainya anda yakin bahawa anda telah mengambil bas yang betul untuk pulang kerumah. Berdasarkan tanda-tanda tersebut dan setelah anda nampak perhentian bas yang sepatunya anda berhenti, barulah anda bangun dan membunyikan loceng agar bas berhenti di perhentian tersebut.

Ya sememangnya adakalnya bas akan berhenti tepat di perhentian tersebut.. dan adakalanya anda terpaksa berjalan sedikit or banyak selepas bas berhenti untuk anda sampai..anda berasa TENANG dan YAKIN menaiki bas tersebut untuk balik kerumah kerana sepanjang perjalanan tersebut anda bertembung dengan situasi-situasi yang membuatkan anda yakin bas tersebut mengambil jalan yg betul untuk anda pulang kerumah. Dan kebarangkaliannya adalah tinggi untuk anda sampai kerumah anda dengan tepat.

Situasi 2

Kini cuba bayangkan..anda mengambil bas dan bas tersebut tidak melalui jalan yang biasa anda lalui untuk sampai kerumah anda.. sepanjang perjalanan anda bertembung dengan situasi yang berbeza. Signboard yang berbeza, bentuk muka bumi yang berbeza. akan wujudnya satu perasaan tidak selesa dalam diri anda. Ini kerana anda tidak melalui ataupun menghadapi situasi seperti kebiasaannya untuk anda sampai kerumah.

Perasaan pelik, ingin tahu dan tidak yakin menyebabkan anda resah di tempat duduk anda. Anda kerap memandang keluar bagi mencari satu tanda yang anda biasa jumpa. Mata akan memandang pemandu bas dan konduktor bagi memastikan yang mereka adalah pemandu bas dan konduktor yg biasa anda temui dan bukannya seorang terrorist ataupun hijacker. Timbul pelbagai persoalan dikepala anda anda anda akan sampai dirumah dengan selamat..adakah anda akan merasa cekodok buatan isteri atau ibu anda pada petang ini dan adakah..adakah..adakah..

FOREX TRADER


PROSES MENJADI SEORANG TRADER BERJAYA

Artikel ini mungkin pernah anda baca di blog-blog atau website-website lain. 
Artikel asal ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris oleh seorang trader berjaya yg pernah mengalami kegagalan di peringkat awal trade. 
Ia telah diterjemahkannya ke Bahasa Malaysia bagi memudahkan pemahaman dgn mengolahnya dgn pengalaman sendiri yg jg pernah mengalami situasi yg sama diawal pembabitan dlm forex trading dahulu. Mudah-mudahan artikel ini berguna sebagai renungan untuk kita semua bagi memuhasabahkan diri dlm proses mendapatkan strategi terbaik dalam bertrading.

Tahap 1 ( Unconscious Incompetence )
Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat. Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.

Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari,. Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan pertolongan indicator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan. Anda menjadi bongkak kerana merasakan telah berjaya menjinakkan pasaran. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK selama-lamanya. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??.

Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading kerana telah pernah berjaya membuat profit sebelum ini, walaupun semua fakta berkata sebaliknya (Persoalannya: Apakah minggu ini profit?, atau Bulan2 yg lepas profit?, ataupun Sepanjang Tahun ini konsisten profit? ).

Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai strategi yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.

90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila, dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk.

Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan terus mengambil wang dari rakan-rakan mereka dengan menabur pelbagai janji-janji (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka krn telah mempunyai teknik yg berkuasa utk menjana pulangan yg lumayan. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri.

Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu seminggu hingga sebulan.

90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.

Tahap 2 ( Conscious Incompetence )
Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat berfikir secara bernas.

Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’ ( sistem yang sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100% , sistem yang tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.

Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan Moving Everage, Fibonnacci lines,Elliot Waves Counting, Camarilla Pivot, DeMark, Fractal, MACD, RSI, DMI, ADX, Bollinger Bands, Stochastic dan ratusan indicator/meter/EA/robot yang lain yg ada temui.

Anda tahu bahawa pasaran forex terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1 indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut. Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda telah melakukan yang terbaik.

Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walahal anda tidak.. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu - anda rasa anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan tapi tetap gagal.

Anda akan jadi seperti seorang remaja yg ghairah - trader yang lebih berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik - anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam kebijaksanaan anda - overload information). Kini anda akan mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan sebagainya - serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat pembelajaran forex yg mengatakan diri mereka jaguh dlm bidang forex yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan.

Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari tanpa pun perlu mengkaji begitu banyak sistem dan anda pula terus kerugian.
Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir sekitar 3 bulan.
Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.

Tahap 3 ( The EUREKA Moment )
Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang baik.
Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.

Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade anda serta bimbingan seseorang(mentor) berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli.
Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading.

Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.

Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.

Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/mentor atau teman yg berpengalaman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu. Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru/mentor yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau.

Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan pasaran.
Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.

Tahap 4 ( Conscious Competence )
Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang anda lakukan adalah sebahagian dari risiko dlm apa jua bisnes.

Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.

Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat pengalaman bertrading sebenar.

Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.

Tahap 5 ( Unconscious Competence )
Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda mampu trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit dan seterusnya.

Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim, dimana anda telah dpt menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan account yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang anda peroleh.

Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu. Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader Tahap 1.

Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.
Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan account anda akan berlipat-ganda dari account awal.

Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.
Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.

Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:
” SAYA SEORANG TRADER”

INI PANDUAN SEBENAR DARI TRADER YANG PROFESSIONAL.DEWASA INI TERLALU BANYAK PERKARA TELAH MEROSAKKAN FOREX SEPERTI EA,ROBOT DSB. WARREN BUFFET SENDIRI KATA KALAU ROBOT BOLEH BUAT KERJA DALAM FOREX,MEREKA TAK PERLU ADA FUND MANAGER,SO TEPUK DADA TANYALAH SELERA. PANDUAN SEBENAR TELAHPUN DIBERIKAN DIATAS. BELAJARLAH FOREX DENGAN CARA YANG BETUL SEPERTI PROFFESIONAL. CARI MENTOR ATAU CIKGU YANG IKHLAS DAN BERI LIVE SUPPORT UNTUK SEMUA. JANGAN ANGGAP FOREX NI TERLALU MUDAH SAMPAI BOLEH GUNA ROBOT JE. INGAT, NO GAINS WITHOUT PAIN, KITA TAKKAN BERJAYA KALAU KITA TIDAK MENGHARUNGI KESUSAHAN DALAM HIDUP KITA DAN BEGITU JUGA DALAM TRADING.

3 tips untuk menjadi trader forex yang professional

Cara trader forex professional berfikir mengenai pasaran forex adalah jauh berbeza daripada cara trader yang baru menceburi dalam bidang forex berfikir. Secara dasarnya, perbezaan dari segi perspektif dan psikologi yang akan menentukan sama ada anda akan menjadi seorang trader forex yang berjaya atau menjadi antara lambakan trader forex yang gagal.

Jadi, bagaimana anda ingin bermula untuk mempunyai pemikiran seperti mana trader forex professional dan sekaligus meletakkan diri anda di kalangan trader forex yang berjaya? Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan tips-tips di dalam artikel ini.

1. Jangan jadikan aktiviti trading forex suatu perkara yang merumitkan.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mempunyai perspektif seperti trader forex professional adalah membuang semua indikator-indikator atau robot-robot yang telah membuatkan chart forex anda kelihatan semak dan serabut. Perkara ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya apabila ramai di kalangan trader forex yang baru tidak ingin membuang indikator forex dan robot forex yang mereka gunakan.
Sebenarnya, benda-benda ini adalah benda yang tidak perlu untuk menghasilkan keuntungan yang konsisten dalam trading forex. Malah benda-benda ini yang akan membuatkan anda ragu-ragu di dalam trading anda dan sentiasa akan membawa anda ke arah keputusan yang salah ketika dalam trading.
Membuatkan trading forex sesuatu yang rumit merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh trader forex yang baru. Secara jujurnya, proses untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten melalui forex bukanlah sesuatu perkara yang mudah, jadi jangan jadikan proses ini semakin sukar dengan kehadiran indikator dan robot yang tidak efektif didalam trading anda.
Ianya lebih dari memadai jika anda telah tetapkan beberapa syarat dan strategi dalam trading forex. Saya percaya, jika anda sudah dapat biasakan diri dengan syarat dan strategi yang anda tetapkan, anda akan terasa betapa mengarutnya indikator dan robot yang sebelum ini telah menghantui anda dalam trading forex.

2. Jangan terlalu risaukan tentang news dan fundamental dalam aktiviti trading forex.

Tidak ada sebab anda luangkan masa anda untuk risaukan tentang news dan fundamental ketika trading forex. Saya akui, news dan fundamental adalah penggerak harga pasaran forex tetapi ianya lebih mudah dan efisien jika anda belajar untuk trading mengikut strategi yang telah anda tetapkan berbanding mencuba untuk trading mengikut news.
Kebanyakan trader forex yang berjaya memilih untuk trading forex dengan menggunakan strategi teknikal yang mudah dan tidak risaukan tentang news yang bakal diumumkan. Ini adalah kerana, apa jua news tentang forex yang bakal diumumkan akan mengikut fakta yang dipaparkan di chart forex anda. Harga pasaran forex yang dipaparkan di chart forex anda adalah keputusan akhir daripada news yang diumumkan.
Jadi, jika anda ingin mempunyai pemikiran seperti trader forex yang professional, luangkan lebih masa untuk belajar strategi trading forex secara teknikal daripada risaukan tentang news forex yang bakal diumumkan.

3. Elakkan diri daripada mengikut emosi ketika trading forex.

Sebenarnya kebanyakan trader forex yang baru telah meletakkan diri mereka dalam keadaan beremosi dalam trading dengan melakukan dua perkara asas dalam trading dengan cara yang salah.
Pertama sekali, mereka tidak menguruskan money management dengan baik dan betul. Ini bermakna, mereka meletakkan jumlah risiko dalam trading yang tinggi, tidak mengambil keuntungan ketika mereka patut ambil dan tidak menerima kerugian ketika position itu dalam nilai negatif.
Trader forex yang professional sentiasa sedia maklum yang money management yang betul akan mengelakkan emosi mereka daripada terlibat didalam trading forex. Jadi, anda perlu jadikan money management yang betul satu tabiat dalam trading untuk mengelakkan anda menjadi salah seorang trader yang beremosi didalam trading.
Perkara yang kedua ialah terlalu kerap memasuki post ketika trading. Apa yang perlu anda sedar adalah, dengan mempunyai banyak trade tidak akan membantu anda untuk mencapai matlamat trading anda. Kebanyakan trader forex yang baru akan terkejut dengan berapa kerap trader forex professional trade, kerana kekerapannya sangat jarang.



Saje Boring

masa sekolah dulu...


dah habis sekolah

bergelar artis


ni la Tasha Shila

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia (versi Harian Metro)

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia (versi Harian Metro) BY Page Uptomu on 03 January 2012 at 2:15 AM Akhbar Harian Metro baru-baru ini menjalankan sebuah survey untuk mencari 10 artis wanita tercantik Malaysia berdasarkan sistem undian daripada pembaca akhbar itu. Undian berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 2 Oktober dan berakhir 31 Disember 2011 dengan sebanyak 500 000 undian diterima. Berikut adalah keputusan undian itu:

1. Ayu Raudhah (115,000 undian)

2. Neelofa Mohd Noor (85,300 undian)

 3. Rozita Che Wan (85,272 undian)
 
 4. Nora Danish (84,868 undian)

 5. Natasha Hudson  (84,441 undian)

  6. Diana Danielle (84,098 undian)

  7. Lisa Surihani (81,920 undian)

 8. Siti Nurhaliza (81,555 undian)

 9. Maya Karin (7,405 undian)

 10. Maria Farida (3,715 undian) 

Pantun Senda Bersama Sahabat



Abuya Katang III
Cissss ..... Kajang Pak Malau Kajang-Seremban , Kereta Banyak Nak Balik Kerja , Apa Guna Berjaya Rich FX bertutur sopan, Kalau Nora Danish wat de ja.... cisssss.....

Berjaya Rich FX
Pak Malau hanya tersenyum sinis, Setelah dipermakinkan oleh Pak Akop, Apa saja mengenai Nora Danish, Abuya Katang III aku karate pon sanggop!

Abuya Katang III
Seluar Pak Akob Basah Sampai Ke Tumit , Terkencing Dia Di Sergah Pak Malau , Sedangkan Naga Lagi ku Kumit , Berjaya Rich FX lagi lah den Palau.... Cissss

Berjaya Rich FX
Kencing pak akob tepercik Pak Malau, Lalu basah kain pelikat, Jgn dikumit nanti ku halau, Abuya Katang III aku jumpa aku ikat ikat!

Abuya Katang III
Pelikat Pinjaman Pak Akob di lulut , Dicuri kerana warna pekat , di tembak lagikan tak lut , Ini kan Pula Di ikat hahahahaha......

Berjaya Rich FX
Pak akob bawa diri hingga ke Kelulut, Bawa diri sambil makan pengat, Kalau Abuya Katang III ditembak tak lut, Bagi akaun MC pasti teringat ingat!

Abuya Katang III
Pengat Pak Akob bukan di pinta , separuh masak kurang haba , akaun MC jgn di pinta, Kelak Ketulahan pada tuan hamba ...haaaikk !

Berjaya Rich FX
Haba dikurang bagi penyedap rasa, Kerana kayu dari gunung daik, Akaun MC perkara biasa, Join group Dragon bagi menambah baik. Eyahhhhh!!!

Abuya Katang III
tak cukup masak melekit lekit, ketong sampah hamba lemparkan , tang dragon kene slow sikit, Nora Danish dihati pasti di hamba simpankan miahahaha

Berjaya Rich FX
Pengat pak akob kembali manis, Kerana banyak org nak makan, Cerita cinta aku dan nora danish, Jangan sampai surat kawin aku dedahkan!

Abuya Katang III
Pengat panas di atas kaca , Pak Akob takut di hinggap kuman , terlupa tuan hamba tak pandai baca , tu buka surat kawin tu surat saman!!! Hehehehe

Berjaya Rich FX
Pengat x berkuman dijual dalam taman, Nak sedapkan rasa diminum sama longan, Sekalipun ia surat saman, Janji sudah merasa tidur diatas lengan. Yuhuuuuuuuu

Abuya Katang III
Tak Kenal Candle Pergi Bertapa , Kalau Tumpo makan kayu , malang Berjaya Rich FX bertimpa2 , Itu Bukan lengan Nora Danish Tapi Mat Yu ... hahahha

Berjaya Rich FX
Memancing dipagi dapat Ikan Puyu, Ikan dipancing di Lahad Datu, Kalau itu lengan Mat Yu, Adakah malam itu Mat YU disontot sesuatu? Hahahahahahah

Abuya Katang III
‎Royal Trader banyak sepatu, Diberi Pak Akob Tapi Tak mahu , Yang Pasti Nora Danish dengan aku masa tu , Kes Mat Yu aku tak tahu hahahahaha

Berjaya Rich FX
Setahu aku Nora Danish x mau org ketot, Katanya kelihatan seperti bahulu, Lupakan saja kes sontot menyontot, Biarku kenang kenangan yang lalu.

Abuya Katang III
sakit pak akob akibat disontot, di sontot kambing hampir mati, dia memang tak suka org ketot, sebab tu hamba pilihan hati miahahaha





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...