Pelawat Blog

Himpunan Hadith - Bab Akhlak




1     Tingkat Darjat Di Sisi Allah berdasarkan Ujian Musibah
Daripada  Abu Hurairah RA katanya, “Telah bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”

2     Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”
  
3     Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Baik dan Dikasihi Allah
Daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.”
  
4     Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam
Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW : “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya.
  
5     Kemuliaan Di sisi Allah
Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan” baginda menjawab, “Kalau begitu orangnya ialah Yusuf anak kepada Nabi (Yaakub) anak kepada Nabi (Ishak) anak kepada (Nabi Ibrahim) Khalilullah.” Mereka berkata lagi, “Bukan tentang itu yang kami tanyakan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.”
  
6     Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”
  
7     Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”.

Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
  
8     Anak Perisai Api Neraka
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
  
9     Orang Paling Sempurna Imannya
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”.
  
10     Ajari Anak-anak Akhlak Islam
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.
  
11     Orang Yang Bankrap disisi Islam
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".
  
12     Cemburu Allah
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”
  
13     Perangi Pemimpin Maksiat
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".
  
14     Menentang Kemungkaran
Daripada Abu Mas'ud RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tiada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong-penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata tetapi tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itutiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi."
  
15     Bersegera Dalam Mengerja Amal Soleh
Daripada Abi Hurairah RA bahasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.
  
16     Perkara Yang Mengiringi Jenazah
Daripada Anas RA  daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya."
  
17     Menghukum Atas Yang Benar
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka".
  
18     Orang Mukmin Yang Tenang
Daripada Ibnu Umar R.huma katanya, bersabda Rasulullah SAW, "Orang mukmin sentiasa berada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan rahmat Allah) selagi dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak pernah membunuh melainkan dengan kebenaran yang hak)".
  
19     Jangan Menghina Orang Yang Melakukan Kejahatan
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)”.
    3
20     Menolong Orang Yang Dalam Kesusahan
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda, “Bantulah dia sencaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai”.

Didalam riwayat lain (apa yang dikehendakinya).

21     Perkara Yang Membolehkan Berdusta
Daripada Ummi Kulsum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik”.

Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan: Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya: seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.
  
22     Ujian Musibah Tanda Hamba Dikasihi Allah
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
  
23     Adab Bertamu
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah."
  
24     Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah
Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari  kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".
  
25     Mereda Marah Dengan Baca Ta'awwuz
Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."
  
26     Anak Perisai Api Neraka
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
  
27     Perangi Pemimpin Maksiat
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".
  
28     Nikmat dunia yang paling baik
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.
  
29     Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.
  
30     Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
  
31     Bacaan Ta'awwuz Mereda Marah
Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."
  
32     Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman
Daripada az-Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW.”
  
33     Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.
  
34     Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.
  
35     Ganjaran Memelihara Anak Gadis
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”.
  
36     Bercita-cita Syahid di Jalan Allah
Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.”
  
37     Amalan Membawa ke Syurga
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”.
  
38     Eratkan Silaturahim Sesama Muslim
Daripada Abdullah ‘Amru bin al-‘As R.huma katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda secara terang-terangan bukan rahsia, “Sesungguhnya kaum keluarga abi fulan (keluarga Abu Talib atau Abu al-‘As bin Umayyah) tidak menjadi kekasih ku, tetapi yang menjadi kekasih ku ialah Allah dan orang-orang mukmin yang soleh. Walau bagaimanapun bagi mereka ada hubungan silaturahim nescaya aku akan menyirami dengan airnya (aku menghubungkan silaturahim)”.
  
39     Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.
  
40     Kewajipan Menjaga Keamanan
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang lalu di dalam kawasan masjid atau pasar kami dengan membawa panah, maka hendaklah ia memegang (menutup) mata panah itu dengan tangannya kerana ditakuti terkena salah seorang daripada muslimin dengan panah itu”.
  
41     Jangan Mendedahkan Aib Orang lain
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.
  
42     Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasululluah SAW.
  
43     Konsep Syukur Rasulullah SAW
Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”
  
44     Bersabar dan Berdoa Menghadapi Penyakit
Daripada Ata’ bin Abu Rabah menerangkan bahawa Ibnu Abbas RA berkata, “Adakah engkau suka melihat seorang perempuan daripada ahli syurga?” Aku menjawab: Bahkan “Tunjukkanlah”. Ibnu Abbas RA berkata, itulah dia wanita yang hitam yang pada suatu hari telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata, “Ya Rasulullah, Aku berpenyakit gila babi hingga terbuka aurat. Doakanlah semoga Allah menyembuhkan penyakit aku”. Dijawab oleh Nabi SAW, “Jika mahu engkau hendaklah bersabar dan bagimu syurga, sebaliknya jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah semoga dia menyembuhkan engkau”. Dijawab oleh wanita itu, “Aku akan bersabar. Jika begitu doakanlah kepada Allah supaya aku tidak terbuka aurat “. Rasulullah SAW lalu mendoakan untuknya sebagaimana dikehendakinya.
  
45     Hubungan Silaturahim dengan Ibu Bapa Berlainan Agama
Daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq R.huma katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya, ibuku telah datang kepadaku sedangkan dia inginkan sesuatu daripadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasulullah, “Ya, hubungkan ibumu”.
  
46     Manusia yang Sebenar-benar Bijak
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
  
47     Jauhi Godaan Wanita
Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”
  
48     Keutamaan Taubat
Daripada Abu Hurairah RA katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali.”
  
49     Agama Adalah Nasihat
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
  
50     Cakap Tak Serupa Bikin
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
  
51     Cemburu Allah
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”
  
52     Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).”
  
53     Orang Yang Berbudi Mulia
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".
  
54     Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing."
  
55     Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.
  
56     Ukuran Kekuatan Muslim Pada Menahan Nafsu Marah
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”
  
57     Mereda Marah Dengan Baca Ta'awwuz
Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."
  
58     Bersyukur Sifat Orang Mukmin
Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”
  
59     Angan Kosong Perkara Sia-sia
Daripada Abdullah (Ibnu Mas’ud) RA katanya: Rasulullah SAW membuat satu garisan berbentuk segi empat. Kemudian baginda menggariskan satu garisan dari tengah sehingga keluar dari rajah segi empat tersebut. Kemudian Baginda membuat garisan kecil dari garisan tengah tersebut. Baginda bersabda; "Ini adalah (gambaran) manusia. Garisan segi empat ini ialah ajal maut yang melingkungi manusia. Garisan yang terkeluar itu ialah angan-angannya. Garis-garis kecil pula adalah musibah dan ranjau kehidupannya. Jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya, jika terlepas dari yang ini, yang lain pula menggigitnya."
  
60     Hubungan Silaturahim dengan Ibu Bapa Berlainan Agama
Daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq R.huma katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya, ibuku telah datang kepadaku sedangkan dia inginkan sesuatu daripadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasulullah, “Ya, hubungkan ibumu”.
  
61     Berbakti Kepada Ibu Bapa Adalah Segala-segalanya
Dan daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As katanya, “Seorang lelaki mengadap Rasulullah lalu berkata, “Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada Allah Taala”, Rasulullah bertanya, “Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?”,jawabnya, “Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup”. Rasulullah bertanya lagi, “Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah Taala?” Jawabnya, “Ya”. Kata Rasulullah, “Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada kedua-duanya”.
  
62     Hubungan Silaturahim Sebenarnya
Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As daripada Nabi SAW sabdanya, “Bukanlah penghubung orang yang hanya menghubung atau mengeratkan hubungan orang yang sedia menghubunginya sahaja, tetapi yang dikatakan penghubung ialah orang yang mengeratkan hubungan silaturahim yang telah terputus”.
  
63     Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.
  
64     Orang Yang Memakan Debu Panas
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.
  
65     Berbakti Kepada Ibu Bapa
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan sebab itu)”.
  
66     Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”.
  
67     3 Perkara Yang Disukai Allah
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW, “Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”.
  
68     Sebaik-baik Sahabat dan Jiran
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.
  
69     Eratkan Hubungan Silaturahim Sesama Jiran
Daripada ‘Aisyah R.Ha katanya, “Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW, “Aku mempunyai dua jiran tetangga yang berdekatan maka yang mana satukah boleh aku berikannya hadiah?“ Jawab Rasulullah, “Berikan (hadiah itu) kepada jiran yang paling dekat pintu rumahmu”.
  
70     Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.
  
71     Berbaik-baik Sesama Jiran
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu (untuk diamalkan)”.
  
72     Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”.
  
73     Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”.
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
  
74     Sebaik-baik Jiran Tetangga
Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasululah SAW, “Wahai Abu Dzar Apabila kamu merebus daging (membuat sup) perbanyakkanlah airnya (kuahnya) dan hendaklah engkau ingat jiran engkau”.
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Dzar juga katanya, “Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah SAW) telah berpesan kepadaku, apabila engkau memasak daging perbanyakkanlah airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga jiran engkau dan berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik”.
  
75     Berbuat BaikTerhadap Jiran
Daripada Ibnu Umar dan Aisyah R.huma, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran”.
  
76     Ajari Anak-anak Akhlak Islam
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.
  
77     Perkara yang salah mesti ditegur
Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan pemberian sedekah?”
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”.

78     Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”.
  
79     Nikmat dunia yang paling baik
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.
  
80     Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.
  
81     Jangan ketawa dalam hal yang tidak munasabah
Daripada Abdullah bin Zam’ah RA bahawasanya beliau mendengar Nabi SAW berkhutbah dan baginda menyebut unta (yang menjadi mukjizat Nabi Soleh AS) dan orang yang menyembelihnya, maka Rasulullah SAW bersabda, “(membacakan firman Allah yang bermaksud), “Ketika orang yang paling jahat antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat). Seorang lelaki yang gagah lagi jahat dan berpengaruh dalam qabilahnya segera untuk membunuh unta itu. Kemudian baginda menyebut (perihal) orang-orang yang memberi beberapa nasihat tentang mereka”. Lalu kemudian baginda bersabda, “Ada diantara kamu yang sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba abdi kemudian menyetubuhinya pada akhir hari itu”. Kemudia baginda menasihati mereka mengenai ketawa disebabkan kentut lalu baginda bersabda, “Mengapa ada antara kamu yang ketawa dengan perbuatannya sendiri?”.
  
82     Hak Anak Yatim dan Orang Perempuan
Daripada Abi Syuraih Khuwailid bin Amru RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah Sesungguhnya aku sangat mementingkan hak dua orang yang lemah iaitu hak anak yatim dan orang perempuan”.
  
83     Jangan Mendedahkan Aib Orang lain
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.
  
84     Tanggungjawab Seorang Pemimpin
Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib’iey RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri untuk mengerjakan solat dan bercadang memanjangkan bacaan, tiba-tiba aku terdengar tangisan anak kecil lalu aku percepatkan solat kerana bimbang menyusahkan ibunya”.
  
85     Kewajipan Menjaga Keamanan
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang lalu di dalam kawasan masjid atau pasar kami dengan membawa panah, maka hendaklah ia memegang (menutup) mata panah itu dengan tangannya kerana ditakuti terkena salah seorang daripada muslimin dengan panah itu”.
  
86     Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam
Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW : “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya.
  
87     Orang Yang Bankrap disisi Islam
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".
  
88     Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah
Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari  kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".
  
89     Jauhi Sifat Bakhil
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.
  
90     Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.”
  
91     Larangan Memperkecilkan Kebaikan Yang Sedikit
Daripada  Abu Zar RA katanya, nabi SAW telah bersabda kepadaku, “Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara  engkau dengan wajah yang berseri-seri.”
  
92     Contoh Amalan Baik dan Amalan Jahat
Daripada Abu Zar RA katanya, nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Telah diperlihatkan kepadaku segala amalan umatku sama ada yang baik atau yang jahat. Maka aku dapati di antara amalan-amalan yang baik atau yang jahat. Maka aku dapati di antara amalan-amalan yang baik ialah membuangkan sesuatu yang merbahaya yang terdapat di jalan. Dan aku dapati di antara amalan-amalan yang jahat ialah berkahak di dalam masjid yang tidak ditimbus.”
  
93     Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Baik dan Dikasihi Allah
Daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.”
  
94     Konsep Syukur Rasulullah SAW
Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”
  
95     Dua Nikmat Kurniaan Allah
Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”
  
96     Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasululluah SAW.
  
97     Cemburu Allah
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”
  
98     Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).”
  
99     Seruan Bertakwa Dan Melakukan Kebaikan Sepanjang Masa
Daripada Abi Zar Jundub bin Junadah dan Abdi Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada Rasulullah SAW, telah bersabda “Bertakwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”
  
100     Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman
Daripada az-Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW.”
  
101     Kelebihan Menuntut Ilmu
Daripada Anas RA katanya, “Ada dua orang adik-beradik pada zaman Rasulullah SAW, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah SAW, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan dengan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: “Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia.”
  
102     Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”
  
103     Kezaliman Adalah Dosa Besar
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.
   
104     Amanah Dituntut Dalam Islam
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.”
Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”

105     Cakap Tak Serupa Bikin
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
  
106     Berani Kerana Benar
Daripada Abu Sa’id Al-khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sebaik-baik perjuangan ialah bercakap benar di sisi sultan (pemerintah) yang zalim.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)
  
107     Balasan Syurga Yang Teramat Indah
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Allah berfirman:Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."
  
108     Memberi Amanah Kepada Yang Berhak
Dari Abu Zhar, dia berkata : Saya berkata: “Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya."  Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zhar  engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.”
  
109     Kasih Sesama Muslim
Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya, "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
  
110     Agama Adalah Nasihat
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
  
111     Adab Buang Air
Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang: "Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?" Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.
  
112     Tolong-menolong Untuk Kebaikan dan Ketakwaan
Daripada Abu Abdul Rahman Zaid bin Khalid Al-Juhaniy RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang berperang fisabilillah sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang, dan sesiapa yang mengganti orang yang keluar berperang untuk menjaga anak isterinya maka sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang”.
  
113     Jauhilah Perbuatan Aniaya
Daripada Ibn Mas’ud RA, sesungguhnya nabi SAW telah bersabda: “Tiada seorang yang dibunuh secara zalim melainkan dikenakan habuan daripada dosa pembunuhan orang itu ke atas Nabi Allah Adam yang pertama (Qabil) kerana beliaulah manusia pertama yang melakukan pembunuhan”.
  
114     Jauhilah Perkara yang Direka-reka (Bid'ah)
Daripada Jabir RA katanya, "Apabila Rasulullah SAW berkhutbah kedua-dua matanya menjadi merah, suaranya sangat kuat dan bersangatan marahnya seolah-olah junjungan seorang ketua tenteranya yang sedang memberi peringatan kepada tenteranya". Baginda bersabda, " Berjaga-jagalah, pada pagi atau petang musuh akan menyerang kamu semua". Baginda bersabda lagi, "Masa di antara aku diutuskan dengan datangnya hari kiamat bagaikan dua jari ini”. Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. Junjungan bersabda lagi, “Seterusnya, sesungguhnya sebaik-baik percakapan (berita) adalah al-Quran, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad SAW, dan sejahat-jahat perkara ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat”. Seterusnya Rasulullah SAW bersabda,” Aku adalah lebih utama terhadap setiap mukmin daripada mukmin itu terhadap dirinya sendiri, sesiapa yang mati meninggalkan harta, harta itu adalah hak warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau anak-anak dan keluarga maka kembali kepadaku dan menjadi tanggungjawabku”.
  
115     Orang Yang Berbudi Mulia
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".
  
116     Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.
  
117     Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman
Daripada az-Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW.”
  
118     Kelebihan Menuntut Ilmu
Daripada Anas RA katanya, “ Ada dua orang adik-beradik pada zaman Rasulullah SAW, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah SAW, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan dengan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: “Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia.”
  
119     Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”
  
120     Allah Tempat Berlindung dan Bermohon
Daripada Ibnu Mas’ud RA bahawasanya Nabi SAW pernah berdoa, “Ya Allah aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, terhindar daripada kejahatan dan kekayaan jiwa.”

121     Jauhi Godaan Wanita
Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”
  
122     Kemuliaan Di sisi Allah
Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan” baginda menjawab, “Kalau begitu orangnya ialah Yusuf anak kepada Nabi (Yaakub) anak kepada Nabi (Ishak) anak kepada (Nabi Ibrahim) Khalilullah.” Mereka berkata lagi, “Bukan tentang itu yang kami tanyakan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.”
  
123     Lelaki Pemimpin Rumah Tangga
Daripada  Sayidina Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak perlu ditanya (dipersoalkan) seseorang lelaki itu mengapa dia memukul isterinya.”
  
124     Ukuran Islam Seseorang
Daripada Abu Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Di antara (tanda-tanda) sebaik-baik Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak mendatangkan keuntungan kepada dirinya.”
  
125     Cemburu Allah Terhadap Manusia Yang Berbuat Perkara Haram
Daripada  Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah Taala cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah Taala itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”
  
126     Elak Diri Memandang Remeh Perbuatan Dosa
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ia lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan  (dosa besar).”
  
127     Amal Baik Menghapus Dosa
Daripada Abu Dzar Jundub bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada  Rasulullah SAW, telah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”
  
128     Khiyar Majlis
Daripada Abu Khalid Hakim bin Hizam RA (yang telah menganut Islam pada tahun pembukaan Makkah. Bapanya daripada golongan bangsawan Quraisy pada zaman jahiliah dan pada zaman Islam) katanya, bersabda Rasulullah SAW, “Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan pembelian atau jualan atau tidak selagi mereka belum berpisah. Jika mereka bersikap benar dan jujur (dengan memberitahu jika ada keaiban atau kecacatan pada barang yang dijual dan harga) nescaya diberkati Allah tentang jual beli mereka. Tetapi jika didapati penipuan dan dusta maka hilanglah berkat jual beli mereka.”
  
129     Bercita-cita Syahid di Jalan Allah
Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.”
  
130     Sifat Benar Membawa Ke Syurga
Daripada  Ibnu Mas`ud (Abdullah) RA daripada Nabi SAW bersabda, sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke syurga. Seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Dan bahawa kedustaan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga ditulis (dihukum) di sisi Allah sebagai orang yang bersifat dusta.”
  
131     Perbuatan Mungkar Berleluasa Di Akhir Zaman
Daripada Ibnu Mas`ud RA bahawa  Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya akan berlaku (secara berleluasa) sepeninggalanku nanti sifat mementingkan diri dan perbuatan mungkar”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah apakah pesananmu kepada kami”, Sabda Rasulullah SAW, “Tunaikan kewajipan kamu dan mintalah kepada Allah untuk mendapatkan hak kamu.”
  
132     Tegahan Marah
Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi SAW, “Nasihatilah aku”, Lalu Nabi SAW bersabda, “Jangan marah”, maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi “Jangan marah.”
  
133     Ganjaran Menahan Marah
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”
  
134     Bacaan Taawuz Mereda Marah
Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
  
135     Bersabar dan Berdoa Menghadapi Penyakit
Daripada Ata’ bin Abu Rabah menerangkan bahawa Ibnu Abbas RA berkata, “Adakah engkau suka melihat seorang perempuan daripada ahli syurga?” Aku menjawab: Bahkan “Tunjukkanlah”. Ibnu Abbas RA berkata, itulah dia wanita yang hitam yang pada suatu hari telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata, “Ya Rasulullah, Aku berpenyakit gila babi hingga terbuka aurat. Doakanlah semoga Allah menyembuhkan penyakit aku”. Dijawab oleh Nabi SAW, “Jika mahu engkau hendaklah bersabar dan bagimu syurga, sebaliknya jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah semoga dia menyembuhkan engkau”. Dijawab oleh wanita itu, “Aku akan bersabar. Jika begitu doakanlah kepada Allah supaya aku tidak terbuka aurat “. Rasulullah SAW lalu mendoakan untuknya sebagaimana dikehendakinya.
  
136     Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”
  
137     Bersabar dalam Berdakwah
Daripada  Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas`ud RA katanya, “Aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi (sebelum Rasulullah) yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca (allahummaghfir li qaumi fa innahum la ya`lamun) yang bermaksud: Ya Allah ampunilah kaumku oleh sebab sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.
Keterangan : Sesetengah ulama berpendapat bahawa nabi yang dimaksudkan ialah Nuh AS. Dan yang lain berpendapat bahawa nabi itu ialah Rasulullah SAW sendiri.
  
138     Buta Setelah Melihat, Ujian Untuk Mencapai Syurga Allah
Daripada Anas RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, “Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.“ Yang Rasulullah  maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.
  
139     Bersabar Menghadapi Wabak Taun
Daripada  Aisyah RA, ia bertanya kepada Rasulullah mengenai wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak taun itu adalah satu azab (bala) daripada Allah yang dihantar kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi hambanya yang beriman. Maka seseorang (Mukmin) yang berada di daerah yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di situ dan bersabar menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan terkena kecuali menurut apa yang telah ditentukan Allah. Baginya pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  
140     Balasan Kesabaran
Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”
  
141     Kesabaran Ditakrif pada Insiden Pertama
Daripada Anas RA katanya, “Pada suatu hari Rasulullah melalui seorang wanita yang sedang menangis di tepi kubur lalu baginda bersabda : “Bertaqwalah kamu kepada Allah Azza wa Jalla dan bersabarlah.” Perempuan itu menjawab, “Pergilah, kerana engkau tidak menerima musibah sebagaimana yang aku alami sekarang.” Perempuan itu tidak mengetahui bahawa yang di hadapannya itu ialah Rasulullah SAW. Kemudian perempuan itu diberitahu bahawa lelaki itu ialah Rasulullah SAW lantas dia segera pergi ke rumah Rasulullah dan didapati tiada penjaga pintu di situ, lalu dia berkata (kepada Rasulullah SAW), “Sesungguhnya tadi aku tidak mengenali engkau wahai Rasulullah.” Maka Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya kesabaran itu hanyalah pada insiden (pertembungan) pertama.
  
142     Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
  
143     Solat Sunat Tahiyyatul masjid
Daripada Abu Qatadah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid maka janganlah ia duduk sehingga ia selesai sembahyang sunat (Tahiyyatul masjid) sebanyak dua rakaat”.
  
144     Bohong Sunat
Dari Ummu Kalsum binti ˜Uqbah RA sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.."
  
145     Jauhilah Perbuatan Aniaya
Daripada Ibn Mas’ud RA, sesungguhnya nabi SAW telah bersabda: “Tiada seorang yang dibunuh secara zalim melainkan dikenakan habuan daripada dosa pembunuhan orang itu ke atas Nabi Allah Adam yang pertama (Qabil) kerana beliaulah manusia pertama yang melakukan pembunuhan”.
  
146     Bawang putih dan bau mulut
Abu Ayyub RA meriwayatkan katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram? Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.
  
147     Kebersihan dan kesucian dalam Islam
Dari Abu Malik Al-Asya’ari RA katanya : Rasulullah SAW bersabda “Bersuci membersihkan diri (zahir dan batin) adalah setengah daripada iman..”
  
148     Kaya Jiwa Elakkan Diri Meminta-minta
Daripada Abu Said Saad bin Malik bin Sinan al-Khidri RA katanya, “Ada beberapa orang sahabat di kalangan Ansar telah meminta (sedekah) kepada Rasulullah SAW. (Ansar ialah penduduk asal Madinah yang menerima kedatangan Rasulullah dan membantunya.) Maka diberi oleh Rasulullah SAW. Kemudian mereka meminta lagi dan diberi lagi oleh Rasulullah SAW sehingga habis apa yang ada padanya.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada mereka, “Apa jua kebaikan yang ada di sisiku tidak akan kusembunyikan daripada kamu. Sesiapa yang hendak menjauhkan diri daripada kekejian (meminta-minta) dijauhkan Allah daripada kekejian itu, sesiapa yang inginkan kaya jiwanya dikayakan Allah dan sesiapa yang sabar menghadapi penderitaan diberi kesabaran oleh Allah. Dan tiada pernah seseorang itu diberi kurniaan yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”
  
149     Peluang Bertaubat Terbuka Luas
Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.”
  
150     Allah Gembira Menerima Taubat Hamba
Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.”
Menurut riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).
  
151     Keutamaan Taubat
Daripada Abu Hurairah RA katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali.”
  
152     Seruan Bertaubat
Daripada  al-Aghar bin Yasar al-Muzanni RA katanya : bersabda Rasulullah SAW : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohon ampunlah kepada-Nya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.”
  
153     Adab Buang AirDari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang:"Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?" Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.     Jul 20, 2011

154     3 Amalan Yang Berkat
Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
  
155     Amalan Setelah Bangun Dari Tidur
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.
  
156     Yang terpuji dan yang tercela
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy. Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji."
  
157     Amalan sebelum tidur
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.

158     Abu Hurairah; Perawi Hadith terkemuka
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW: "Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah! Tetapi saya lupa." Rasulullah SAW bersabda: "Hamparkan Rida' mu. Aku melakukan (apa yang diperintahkan Nabi SAW) dan kemudian Nabi SAW menggerakkan kedua-dua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda : "Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)." Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi."
  
159     Adab Dan Tatatertib Melawat Orang Sakit
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."
  
160     Adab Dan Tatatertib Melawat Orang Sakit
Dari Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi SAW menutupnya, kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)," (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda SAW bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda SAW berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama-sama orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya."
  
161     Adab Dan Tatatertib Melawat Orang Sakit
Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah segera meninggalkan sakit itu."
  

Kisah Tounament Paintball Terbuka Bentong






Sent from Samsung tablet

Terima Kaih

Saya ingin Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat 

terima kasih




Sent from Samsung tablet

Kenangan

Kenangan bersama orang lama Ayie di mesyuarat agong pemilihan yang terakhir bg dirinya.

Semoga beliau terus memberI sumbangan kepada warga Malaysia





Sent from Samsung tablet

Lawatan Ke Tapak Perusahanan Ikan Kolam Tenggaruh 2

اَلْحَمْدُلِلّهِ
Kami telah sampai ke sini untuk melawat dan mempelajari sedikit ilmu tentang penternakan ikan kolam dan pembenihan ikan.

berikut adalah gambar-gambar yang diambil ketika dilokasi



Sent from Samsung tablet

Lawatan Ke Rumah Sentuhan Kasih Tenggaruh

Bismillah

Lawatan Ke Perumahan Pertama DiDunia Perumahan Sentuhan Kasih

Dan ini sedikit pandangan dalam rumah melayu

--
Sent from me

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...