Pelawat Blog

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Hari ini seluruh rakyat Malaysia terus bersyukur menikmati kemerdekaan untuk tahun yang ke 53. Pelbagai cara dan peringkat merayakan hari ini penuh semangat patriotik. Dalam kemeriahan menyambur hari kemerdekaan negara pada hari ini, pelbagai masalah membabitkan semangat patriotik dapat kita lihat. Semangat keamat ini mula hilang dan pudar dari diri generasi baru yang sibuk mengejar kesenangan hidup.

Beberapa perkara perlu di bimbangi dan dibincangkan untuk menyemarakkan kembali semangat ini dalam diri semua.

Apakah erti kemerdekaan itu tidak dapat difahami atau dihayati oleh golongan baru ini, atau mungkin sifat tidak ambil kesah itu beraja dihati mereka ?

Mungkin lebih tepat mereka berada di keadaan yang amat selesa bagi mereka sekarang.

Bangkitlah.. sama-sama kita kekalkan kemerdekaan ini dengan apa cara sekali pun, jangan kita berpecah, jangan kita salah langkah, jangan kita menjulang yang salah.

Walau apa pun caranya untuk kita kekal kan kemerdekaan ini.
Semoga ianya adalah cara yang terbaik.

BANGKIT !!! BANGKIT !!! BANGKIT !!!

Lagu Warisan:

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cinta lenyap di arus Zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ketangan yang lain,
Pribumi merintis sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di Nusantara.

Episod 15 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 15

Memancing harimau untuk meninggalkan sarangnya.

Jangan pernah menyerang secara langsung musuh yang memiliki keunggulan sebab posisinya yang baik. Pancing mereka untuk meninggalkan sarangnya sehingga mereka akan terjauh dari sumber kekuatannya.



Strategi ini mengajak musuh mengejar kita dengan keadaan yang marah dan bersungguh-sungguh... jangan sesekali menyerang musuh yang memiliki kekuatan sebab kedudukan dan keadaannya yang baik. Dalam keadaan itu musuh kan meninggalkan segala yang ada untuk mendapatkan kita tanpa dia sedar pergerakannya itu hanyalah mengundang bahaya kerana dia akan kehilangan kekuatan sokongan. Dalam lemah tersebut musuh lebih mudah diserang dan diancam.. Musnahkan musuh selepas hilangkan kekuatannya.

begitulah Secara Ringkasnya

Abuya Katang

Episod 14: 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 14

Menghidupkan kembali orang mati.

Ambil sebuah idea, teknologi, atau sebuah teknik yang telah dilupakan atau tidak digunakan lagi dan gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Hidupkan kembali sesuatu dari masa lalu dengan memberinya tujuan baru atau terjemahkan kembali, dan bawa idea-idea lama, kebiasaan, dan tradisi ke kehidupan sehari-hari.



menggunakan semula strategi-strategi lama yang telah dilupakan dan tidak di ambil pusing kerana mungkin telah kuno dan ketinggalan zaman.. beri nafas baru kepada teknologi dan strategi ini untuk kegunaan sendiri... secara kebiasaannya tidak akan kita menyerang muruh menggunakan strategi sebegini kerana musuh sudah dapat menjangkanya..tetapi adakah kita pernah terfikir bahawa musuh akan sentiasa memikirkan apakah strategi terbaru kita dan tidak pernah terfikir kita akan gunakan strategi 100 tahun yang lalu..

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang
Episod 13: 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 13

Kejutkan ular dengan memukul rumput di sekitarnya.

Ketika anda tidak mengetahui muslihat lawan secara jelas, serang dan pelajari reaksi lawan. Perilakunya akan membongkar strateginya.



Strategi ini memerlukan anda 'berlakun' untuk membaca taktik dan strategi musuh, gaya musuh berfikir dan ilmu yang musuh ada pada asasnya... dalam ketiadaan apa-apa klu untuk membaca pihak lawan.. kita perlu mencungkilnya dan untuk mendapat hasil yangbaik adalah memprovokasi pihak lawan supaya bertindak balas dan strategi hebat akan dapat kita susun sesudah itu....

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang
Episod 12 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Menang

Strategi 12

Mencuri kambing sepanjang perjalanan.

Sementara tetap berpegang pada rencana, anda harus cukup fleksibel untuk mengambil keuntungan dari tiap kesempatan yang ada sekecil apapun.




Berpegang kepada objektif utama seperti yang dirancang, dan dalam masa yang sama jika terdapat peluang dan apa-apa keuntungan dari pihak musuh walau sekecil mana pun.. adalah baik untuk kita cukup fleksible dan capat menyesuaikan diri untuk mengaut semuanya yang ada... selagi dia tidak menjejaskan matlamat asal... ini mungkin sedikit sebanyak akan melemahkan stuktur musuh dalam diam.. dan memudahkan musuh tersungkur..

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang
Episod ke 11 : 36 Strategi Sun Tzu

Startegi Menang

Strategi 11

Mengorbankan perak untuk mempertahankan emas.

Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek untuk mendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.




Langkah ini adalah satu langkah yang memerlukan kita mengorbankan faedah jangka pendek untuk mendapat faedah yang lebih hebat dalam jangka masa panjang, setiap apa yang kita nikmati kini mungkin perlu kita korbankan untuk mengubahnya. mungkin dengan melupakan apa objektif kita dalam jangka masa pendek itu akan mengaburi pihak musuh dan memberi kita lebih kekuatan untuk mendapat lebih dari kebiasaan..

begitulah secara ringkasnya

abuya katang

Episod 10 : 36 Strategi Sun Tzu

Episod 10 : 36 Strategi Sun Tzu



Strategi Menang



Strategi 10



Pisau tersarung dalam senyuman.



Puji dan ampu musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahasia.


Strategi ini paling banyak digunakan oleh orang politik untuk "membunuh" dan mengelak dari "dibunuh"... sesuai juga untuk perniagaan dan peperangan terancang..musuh diperlakukan seperti sahabat baik dan sangat rapat.. sehingga anda menjadi orang yang dia sangat percaya dan ketika ini seranglah dia dengan rahsia kerana segalanya telah ada pada genggaman anda.. musuh bakal menjadi celaru dan tidak menyangka org kepercayaannya memusnahkannya dari dalam.

Begitulah secara ringkasnya

oleh Abuya Katang



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...