Artikel ini mungkin pernah anda baca di blog-blog atau website-website
lain.
Artikel asal ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris oleh seorang
trader berjaya yg pernah mengalami kegagalan di peringkat awal trade.
Ia telah diterjemahkannya ke Bahasa Malaysia bagi memudahkan pemahaman dgn
mengolahnya dgn pengalaman sendiri yg jg pernah mengalami situasi
yg sama diawal pembabitan dlm forex trading dahulu. Mudah-mudahan
artikel ini berguna sebagai renungan untuk kita semua bagi
memuhasabahkan diri dlm proses mendapatkan strategi terbaik dalam
bertrading.
Tahap 1 ( Unconscious Incompetence )
Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar
pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang
trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat. Bagi
anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga
naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan
sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun
mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi
memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda
dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara
100 ke 200 pip per lot sehari,. Anda percaya bahawa dengan hanya
berdasarkan pertolongan indicator saja, atau bahkan hanya dengan
gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan. Anda menjadi bongkak
kerana merasakan telah berjaya menjinakkan pasaran. Namun itu semua
hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda.
Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK
selama-lamanya. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda
akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat
bertahan??.
Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade
forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu
untuk melakukan trading kerana telah pernah berjaya membuat profit
sebelum ini, walaupun semua fakta berkata sebaliknya (Persoalannya:
Apakah minggu ini profit?, atau Bulan2 yg lepas profit?, ataupun
Sepanjang Tahun ini konsisten profit? ).
Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang
akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak
menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti
itu. Anda tidak mempunyai strategi yang lengkap, anda dikuasai oleh
emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian
dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah
yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian
karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading
karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi
sehingga margin equity anda menderita.
90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya
kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi
buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari
rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila, dalam sebulan atau
dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan
mewujudkan masalah moral yang teruk.
Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan
biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan terus
mengambil wang dari rakan-rakan mereka dengan menabur pelbagai
janji-janji (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage
fund untuk mereka krn telah mempunyai teknik yg berkuasa utk menjana
pulangan yg lumayan. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa
dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya
menyalahkan diri mereka sendiri.
Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan
di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya
dalam lingkungan waktu seminggu hingga sebulan.
90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.
Tahap 2 ( Conscious Incompetence )
Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda
tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan
secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa
selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda
tidak dapat berfikir secara bernas.
Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’ ( sistem yang
sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100% , sistem yang
tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada di internet,
anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia
hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua
sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang
pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.
Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi
trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di
Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri (
biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan
Moving Everage, Fibonnacci lines,Elliot Waves Counting, Camarilla Pivot,
DeMark, Fractal, MACD, RSI, DMI, ADX, Bollinger Bands, Stochastic dan
ratusan indicator/meter/EA/robot yang lain yg ada temui.
Anda tahu bahawa pasaran forex terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan
1 indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap
indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga
kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan
meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut.
Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda
telah melakukan yang terbaik.
Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan
pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak
bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin
mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walahal anda tidak..
Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan
keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu - anda rasa anda tahu
semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan tapi tetap
gagal.
Anda akan jadi seperti seorang remaja yg ghairah - trader yang lebih
berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam
menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang
terbaik - anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet
dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat
dalam kebijaksanaan anda - overload information). Kini anda akan
mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan
sebagainya - serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat
pembelajaran forex yg mengatakan diri mereka jaguh dlm bidang forex yang
menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk berjaya dalam trading
tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah
semestinya ramai yang menjadi jutawan.
Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan
mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail
anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa kebinggungan kerana
mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari tanpa
pun perlu mengkaji begitu banyak sistem dan anda pula terus kerugian.
Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang
pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir
sekitar 3 bulan.
Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.
Tahap 3 ( The EUREKA Moment )
Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan
terletak di sistem. Anda menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan
bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali
pun tanpa ada indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian
melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading
yang baik.
Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan
mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan
dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.
Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting,
di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa
yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang anda perlu
hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade anda serta
bimbingan seseorang(mentor) berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya
sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.
Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga
sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit
dibandingkan sistem yang asli.
Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar
daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem
anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss adalah
risiko bisnes yang ada dalam dunia trading.
Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang
pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading
berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu
sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.
Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya
ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi
trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk
dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.
Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/mentor atau teman yg
berpengalaman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan
sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia mengingatkan anda suatu
ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang
berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu. Kini
anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru/mentor yang baik yang
dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya
dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan
sistem/strategi beliau.
Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya
menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan
pergerakan pasaran.
Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.
Tahap 4 ( Conscious Competence )
Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi
signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari
terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan
lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang
anda lakukan adalah sebahagian dari risiko dlm apa jua bisnes.
Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan trade
anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama
beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang
boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.
Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki
sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi
menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan
pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat
pengalaman bertrading sebenar.
Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.
Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.
Tahap 5 ( Unconscious Competence )
Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling
diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda mampu
trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa
mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah
berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda
bergerak dari 2 digit ke 3 digit dan seterusnya.
Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim,
dimana anda telah dpt menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan
account yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang
anda peroleh.
Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan
mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan
mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu.
Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa
kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih
trader Tahap 1.
Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli
semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau
dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke
hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.
Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat
buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan
account anda akan berlipat-ganda dari account awal.
Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.
Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.
Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:
” SAYA SEORANG TRADER”
INI PANDUAN SEBENAR DARI TRADER YANG PROFESSIONAL.DEWASA INI TERLALU
BANYAK PERKARA TELAH MEROSAKKAN FOREX SEPERTI EA,ROBOT DSB. WARREN
BUFFET SENDIRI KATA KALAU ROBOT BOLEH BUAT KERJA DALAM FOREX,MEREKA TAK
PERLU ADA FUND MANAGER,SO TEPUK DADA TANYALAH SELERA. PANDUAN SEBENAR
TELAHPUN DIBERIKAN DIATAS. BELAJARLAH FOREX DENGAN CARA YANG BETUL
SEPERTI PROFFESIONAL. CARI MENTOR ATAU CIKGU YANG IKHLAS DAN BERI LIVE
SUPPORT UNTUK SEMUA. JANGAN ANGGAP FOREX NI TERLALU MUDAH SAMPAI BOLEH
GUNA ROBOT JE. INGAT, NO GAINS WITHOUT PAIN, KITA TAKKAN BERJAYA KALAU
KITA TIDAK MENGHARUNGI KESUSAHAN DALAM HIDUP KITA DAN BEGITU JUGA DALAM
TRADING.