Pelawat Blog

Lagu ....Best

Bengang..Bengang..Bengang

Al kisah.... Tersebutlah Alkisah....
huhu..
Bengang..Bengang...Bengang
adoi cerita kali ni tentang cerita sedih ...
bermula cerita pada awal tahun lepas adalah satu urusan business antara aku dan seorang mamat ni..
dan ringkas ceritanya dia dah gagal membayar RM6 ribu kepada aku..
(Hutang Le Ni)
sebab dia janji nak bayar seminggu selepas urus niaga tu last dia kawin
(paham-paham le kalau dah kawin habis le duit die tu)
so tak lah bayar seperti yang di janjikan..

Aku yang sememangnya baik hati ni bg dia tempoh kalau tak mampu bayar sekaligus bayar lah ansur2....

dan mamat kuat lipat ni pun masih tak bayar juga...
(Kalau Org Lain Ni Aku Rase Dah Kene 'Simpan' dah Mamat Ni)

sehingga bulan 8 bila aku pusing g rumah dia dia takde rumah dah berkunci...
(dah lain macam)
aku g tanyer budak2 lain semua kata dah tak nampak dia...
(aku dah mula bengang)
nak g rumah mak bapak dia
(tak sampai hati)
so aku g lah balai polis wat repot bawah jenayah perdangangan
(jalan terbaik yang aku tahu)

dia gagal dikesan...... sehingga lah pada hari semalam(sabtu 30 Oktober 2010)
aku terima panggilan dari kawan ku
kebetulan aku pada masa tu ada dirumah kenduri...
(tengah tunjuk rajin)
dia call dan cakap
"Abuya... Ni budak yang ko cari ni aku dah jumpa..dia ada kat............"
aku pun cakap
"ok,jap lagi aku sampai...pegang dia"
dengan lajunya(bagi aku la,padahal tak laju mane pun kereta aku tu) aku pergi ke lokasi

sesampai je aku tak nampak lagi muka suspek..
aku call member aku dulu
(dalam keadaan agak2 bersembunyi takut suspek lari bila nampak aku nanti)

dia pun kata
"aku kat sini"
elok je aku g aku nampak dia
wah darah dah memang menyirap...cari memang dah lama...info satu ape pun tak dia bagi tau..
Nah kau !!!!!!!
......................................................................




cerita pada hari sabtu tersebut tamat di Balai Polis Bandar 32 Bera.....
dan.
...............................
menjadi rahsia untuk cerita selanjutnya...



Pening Kepala........

Di Sebabkan...pada ari jumaat lepas aku ada tanye member
apakah sofware untuk buat program perisian...(maaf kalau tak tepat) so dengan selamber badaknya member aku cakap VB...ape tu VB... Visual Basic... so aku cari dan download dari Online program tersebut....

Apa bila dah download...bermulalah pembelajaran baru aku..
dan mulalah aku nak mereka benda yang patut aku reka..

so bila belajar sendiri faham-faham lah lambat skit.. aku jelajah sana jelajah sini..
dan dapat lah buat benda2 yang simple dari VB 2008 Express Edition ni..

Aku Mula nak cipta yang lagi power..
so aku cuba linkkan MS Access 2003 dengan VB 2008 ni
pada asasnya dah dapat tapi untuk aku detailkan lagi aku pening kepala sebab dulu tak pernah blajar komputer secara surius..

semuanya aku belajar sendiri..(Sijil Komputer pun tak pernah ada) hehehhe

so kepeningan aku ni sampai tahap gaban..
bila sampai ari ni aku gagal untuk taip coding kat VB (mane aku tau coding2 ni)
untuk linkkan Ms Access dgn VB 2008.

Puas jugak aku mereka sendiri coding tu tapi banyak silap... hehehehe..

tapi banyak aku belajar dari kesilapan tu..
nilah dia software VB 2008 Express Edition aku



sampai skang aku masih mencari guru yang baik untuk ajar aku sampai aku jadi expert guna VB ni... mane guru tu mana... harap mane2 kawan2 lama aku yang power2 dalam dunia komputer tu tolong lah ye...

hamba murid baru belajar...hehehehhe..
berehh

Episod 36 ( Episod Akhir) : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 36 ( Akhir ) : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 36

Lari untuk bertempur di lain waktu.

Hal ini diabadikan dalam bentuk peribahasa Cina: “Jika seluruhnya gagal, mundur”
Jika keadaannya jelas bahwa seluruh rancangan anda akan mengalami kegagalan, bermundurlah dan bentuk pasukan. Ketika pihak anda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, berdamai, atau melarikan diri. Menyerah adalah kekalahan mutlak, berdamai adalah setengah kalah, tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan. Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!



Ini lah strategi terakhir dalam Seni Peperangan Sun Tzu..

Semoga Pembaca Mendapat Sedikit Ilmu Untuk Di Adaptasi
ke dalam dunia Business, Politik dan Di medan.

Oleh
Abuyakatang

Episod 35 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 35 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 35

Ikat seluruh kapal musuh secara bersusun.
(Jangan pernah bergantung pada satu strategi.)

Dalam hal-hal penting, seseorang harus menggunakan beberapa strategi yang dijalankan secara serentak. Tetap berpegang pada rancangan berbeza-beza yang dijalankan pada sebuah skala besar; dengan cara ini, jika satu strategi gagal, anda masih memiliki beberapa strategi untuk tetap maju.



Sebagai jalan untuk anda memastikan tindakan anda terus berjaya.. jangan pernah berpegang kepada satu strategi sahaja dan mengharapkan penuh segalanya berjalan lancar.. anda harus mempunyai beberapa strategi lain untuk menjayakan objektif anda.. jika satunya gagal anda masih boleh menggunakan yang lain. gunakan beberapa strategi serentak untuk mencapai objektif dan menjayakan strategi seterusnya.

begitulah secara ringkanya

Oleh
Abuyakatang

Episod 34 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 34 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 34

Lukai diri sendiri untuk mendapatkan kepercayaan musuh.
(Masuk ke dalam perangkap; jadilah umpan.)

Berpura-pura terluka akan mengakibatkan dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, musuh akan bersantai sejenak oleh karena dia melihat anda sebagai bukan sebuah ancaman serius. Yang kedua adalah jalan untuk menipu musuh anda dengan berpura-pura luka oleh sebab itu musuh akan merasa aman.




Anda terkena jerat dan terluka... tidak terdaya itulah yang anda perlu lakukan.
anda dengan sengaja mencederakan diri sendiri. dan kelihatan tidak berdaya lagi dengan tujuan untuk merapatkan diri dengan musuh.
Musuh yang melihat anda sebegitu akan merasa tidak terancam dan sedikit santai.
gunakan kesempatan yang ada sepenuhnya untuk memusnahkan musuh sedaya upaya anda.

begitulah secara ringkasnya

Oleh
Abuyakatang

Episod 33 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 33: Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 33

Biarkan pengintip musuh menyebarkan konflik di wilayah pertahanannya. (Gunakan pengintip musuh untuk menyebarkan maklumat palsu.)

Perlemah kemampuan tempur musuh anda dengan secara diam-diam dengan membuat konflik antara musuh dan teman, sekutu, penasihat, komander, tentera, dan rakyatnya. Sementara ia sibuk untuk menyelesaikan konflik dalamannya, kemampuan tempur dan bertahannya akan lemah.




Cipta satu suasana , berita yang akan tersebar dan disebarkan oleh pengintip musuh yang sentiasa bersama anda... Setelah itu biarkan berita itu menjadi perbalahan antara pemimpin-pemimpin tertinggi musuh dan menimbulkan pelbagai andaian. biarkan berita itu akhirnya menjadi perbalahan antara pemimpin-peminpin musuh.. manipulasi maklumat-maklumat yang anda ada dari musuh. buatlah satu berita seperti salah satu pemimpin musuh belot atau sebagainya.. ini kan mewujudkan konflik, perbalahan antara pemimpinnya dan melemahkan stukturnya. biarkan musuh terus memikirkan perkara yang direka itu dan dalam keadaan stukturnya yang goyah serang musuh habis-habisan

Begitulah secara ringkasnya

Oleh
Abuyakatang

Episod 32 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 32 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 32

Kosongkan benteng.

Ketika musuh kuat dalam segi jumlah dan situasinya tidak menuntungkan bagi diri anda, maka batalkankan seluruh muslihat ketenteran dan bertindaklah seperti biasa. Jika musuh tidak mengetahui secara pasti situasi anda, tindakan yang tidak biasanya ini akan meningkatkan kewaspadaan. Dengan sebuah keberuntungan, musuh akan mengurangkan serangan.




Dalam hal ini, anda adakah kumpulan yang berpotensi untuk kalah. perkara ini di lihat dari segi kekuatan musuh dan situasinya. Dalam hal ini apa yang perlu anda lakukan adalah membatalkan segala muslihat dan bertindak seperti biasa tampa muslihat. kosongkan tempat2 muslihat dan dengan ini musuh akan lebih berhati2 bimbang anda ada muslihat lain. Musuh akan berpecah dan anda akan bertempur dengan serangan yang kurang dari musuh

begitulah secara ringkasnya

oleh
Abuyakatang

Episod 31 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 31 : Seni peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 31

Perangkap indah.

Kirim kepada musuh anda perempuan-perempuan cantik yang akan menyebabkan perselisihan di kubu pertahanannya. Strategi ini dapat bekerja pada tiga tingkatan. Pertama, pemimpin akan terpesona oleh kecantikannya sehingga akan melalaikan tugasnya dan tingkat kewaspadaannya akan menurun. Kedua, para laki-laki akan menunjukkan sikap agresifnya yang akan menimbulkan perselisihan kecil di antara mereka, menyebabkan lemahnya kerjasama dan jatuhnya tahap semangat. Ketiga, para perempuan pihak musuh akan terganggu oleh rasa cemburu dan iri, sehingga akan membuat masalah yang pada akhirnya akan semakin memperburukan situasi.



Strategi ini menggunakan perkara yang indah-indah yang sememangnya menjadi kegilaan musuh, perangkap ini seperti perampuan yang cantik, wang dan harta. hantar kepada musuh seorang perempuan atau wang yang banyak untuk mengalih fokus mereka kepada perkara yang indah ini. mereka akan bertindak angresif.. dengan niat untuk merebut umpan ini. ketua mereka akan terpesona dan orang dalamannya akan cuba merebutnya juga. pihak musuh akan menjadi kucar kacir.. pertahanannya juga akan goyah sendiri kerana perbalahan yang akan timbul antara mereka untuk merebut dengan motif untuk kepuasan diri sendiri. ii akan melemahkan dan memburukkan struktur musuh sekaligus memudahkan serangan keatasnya

begitulah secara ringkasnya

oleh
Abuyakatang

Episod 30 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 30 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi 30

Strategi Pendekatan

Jadikan tuan rumah dan tetamu bertukar tempat.

Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup ke dalam benteng lawan dengan muslihat kerjasama, penyerahan diri, atau perjanjian damai. Dengan cara ini anda akan menemukan kelemahan dan kemudian saat pasukan musuh sedang beristirahat, serang secara langsung ke kubu pertahanannya.



Strategi ini untuk anda berada bukan sahaja dekat dengan musuh tetapi berkerjasama dengan musuh untuk memusnahkan musuh secara langsung dari dalam.
berkawanlah dengan musuh, buatlah perjanjian, kerjasama dan pendamaian.
musuh juga dalam keadaan ini akan sentiasa berhati2 dengan tindak tanduk anda... yakini musuh dan ambil masa sehingga musuh betul2 percaya kepada anda. kumpulkan sebanyak mana maklumat tentang kekuatan dan sumber2 kekuatan musuh.
ketika musuh sedang leka dgn kepercayaan yang diberikan kepada anda. serang terus secara langsung terhadap kubu(kekuatan pertahanan) musuh. lemahkan stukturnya dan musnahkan segalanya kerana anda telah menguasai semua yang musuh ada.

begitulah secara ringkasnya

oleh
Abuyakatang

Episod 29 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 29 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategi 29

Hias pohon dengan bunga palsu.

Menampalkan sutera di atas pohon memberikan sebuah gambaran bahwa pohon tersebut sehat. Dengan menggunakan muslihat dan penyamaran akan membuat sesuatu yang tidak bernilai tampak berharga; tak mengancam kelihatan berbahaya; bukan apa-apa kelihatan berguna.



Maknanya di sini adalah mewujudkan sebuah persekitaran yang mata musuh indah dan selamat.
segar dan tidak di usik, ini akan membuatkan musuh tertipu dan sekaligus menjerat musuh.
Musuh yang tahu diri yang berada dalam ancaman akan sentiasa berhati2 mencari sebaik-baik suasana untuknya. dan kita ciptakan suasana tersebut dan peluang tersebut untuk menjerat dan sekaligus memusnahkan musuh.

begitulah secara rinkasnya.

Oleh
Abuyakatang

Karnival Iktiraf MBFM Peringkat Wilayah Mempaga

Maaf lah sahabat-sahabat sebab lama tak berceloteh disini.... di harap semuanya berada dalam keadaan yang selesa hendaknya...hehehe macam tulis surat plak..

Mungkin untuk beberapa tempoh aku tak dapat menulis sebab sibuk sikit tentang Karnival yang akan di anjurkan. agak sibuk sebab aku di pertangungjawabkan dengan jawatan yang sibuk huhuhu..

apa2 pun aku dengan berbesar hati ingin menjemput rakan2 semua ke Karnival Iktiraf MBFM Peringkat Wilayah Mempaga yang akan di adakan di Padang Awam Felda Sebertak,Bera, Pahang. Pada 15-17 Okt 2010 ini..

berehhhh..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...