Pelawat Blog

K.L GANGSTER


SINOPSIS K.L GANGSTER
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.


Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".

tayangan pada 9 JUN 2011

KARAK


SINOPSIS FILEM KARAK
Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Akan di tayangkan pada 26 Mei 2011

Nur Kasih The Movie


Sinopsis Nur Kasih The Movie

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

Penggambaran diadakan di Kampung Sg. Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan di Jordan.

Sajak Adab

Angan yang mengendap
langkah yang meruntut mengikut
ucap mulut yang tertutup.
Itulah seruan hati untuk murid,
titah mursid dalam adab.
Mematuh menjalankan
atau kutukan menjadi hukum pembangkangan
tatkala angan, langkah, ucap mulut adalah perbedaan jalur jalan
karena pembahasannya adalah penaklukan harga diri.

Angan biarlah berkelana liar ke segala penjuru
walau hidup memberikan beban dalam pikiran.
Langkah biarlah dalam pilihan jalan bercecabang
walau kisah lalu tetap dalam benak, dalam renung.
Biarlah ucap mulut adalah permainan bahasa
dan tetap tak ada celoteh beo pembodohan.
Maka pembahasan ini adalah pembebasan harga diri.

Lain kepala lain pikiran
Tapi berbedaan tetap kedamaian.
Bukan pembunuhan karakter
bukan karna sok pintar
atau bukan atas nama gelar.
Singkir lambang negatif.
perbedaan adalah dalam kebenaran itu sendiri.

Perbedaan dalam kebersamaan berselimut toleran.
Tatkala tak ada toleran
di kala kebersamaan tetap terjalin
seketika itu tak ada hati kecocokan.
Kebersamaan adalah kecocokan
dan kecocokan adalah dalam toleran.
Sehingga silaturahmi keilmuan tetap dalam pembaharuan.

Dahulu kala sang arif
murid dan mursid berseberangan arah
membangun rumah keilmuan megah
merenung di istana masing-masing tanpa lepas arah.
Kemajuan pun tercatat dalam sejarah.

BENAR ATAU TIDAK



Dua gambar Osama Bin Laden yang tersebar secara luas di internet setelah dilaporkan tewas terbunuh tanggal 2 Mei 2011 di Pakistan. Foto sebelah kiri menunjukkan Osama yang berlumuran darah setelah Amerika Serikat melaporkan telah membunuh pemimpin Al-Qaidah itu, dan foto sebelah kanan saat Osama masih hidup dan merupakan foto terbaik yang pernah diambil. Kombinasi kedua foto ini dinilai mencurigakan yang menunjukkan
jenggot dan bagian bawah kepala Osama dikloning dan ditempelkan sehingga terkesan palsu. Osama dilaporkan tewas terbunuh pada operasi intelijen di pinggiran kota Abbottabad, 50 km (30 mil) barat laut ibukota Pakistan Islamabad.


Dunia Cacing Dalam Dunia

Cacing.. ada yang geli ada yang makan... tapi ni cuma nak tunjuk beberapa gambar yang menunjukkan cacing ada yang bahaya ada yang tak,..

Cacing di Afrika Selatan

Cacing di Gunung Kinabalu



Cacing lautan yang menurut sesetengah pihak merbahaya kepada manusia



Cacing beracun yang tinggal tah kat mana..

hehe.. macam2 cacing jgn kecacingan sudah

BINA BADAN

Bagi sesiapa yang ingin berjinak-jinak dengan acara sukan bina badan. Bina badan memerlukan teknik dan kaedah tertentu bagi memastikan teknik dan cara latihan yang berkesan dan tidak memudaratkan.

Apa yang anda perlu tahu?

a) Kenal pasti bahagian badan ( Chest , shoulder, arm (biseps/ triceps/forearm),
back, Peha (Thigh), betis (calve)

b) Kumpulan badan
--Kumpulan pertama ( Chest, shoulder , triceps)-hari pertama (isnin)
--Kumpulan kedua ( Back , biceps)-hari kedua (rabu)
--Kumpulan ketiga ( Peha(thigh), betis calve)- hari ketiga (jumaat)
* Lakukan hanya dengan pergerakan asas
* Ikut turutan nombor pada asas pergerakan

* Lakukan dengan pergerakan 2 saat
( 2 saat up dan 2 saat down) -rest 1-2 minute untuk set seterusnya



c) Badan dibahagikan kepada 2 bahagian ( Pusat ke atas & Pusat kebawah)
-jangan lakukan latihan melibatkan kedua-dua bahagian ini dalam satu masa.


d) Bilangan set dan ulangan
- Untuk beginner jumlah set = 3 atau 4 set termasuk set warm up
- Pastikan ulangan setiap setiap adalah tinggi = 12 hingga 15 untuk setiap set



e) Berat atau ringan? - Ringan
- Untuk beginner menggunakan bebanan yang sangat berat adalah salah cukup dengan kadar kemampuan masing-masing (ringan sahaja). pastikan bebanan tersebut membolehkan anda melakukan bilangan set dan ulangan yang cukup.




Prinsip Perlu Di ikuti

1. Latihan cukup dengan hanya tiga kali seminggu. Ini untuk memastikan tisu-tisu otot dapat diperbaik pulih dalam masa 48 ( badan normal 72 jam ) jam keatas. Perlu di ingat penambahan otot pada badan bukannya sewaktu kita menjalani latihan tetapi sewaktu kita rehat ( tidur ).

2. Jika latihan terlalu kerap dilakukan, cth 5 kali seminggu ( ahad, isnin, selasa, rabu, khamis) ini akan menyebabkan otot tidak cukup untuk rehat dan tak sempat untuk membaiki tisu rosak. maka hasilnya adalah pengurangan tisu pada otot berlaku.(otot mengecil)




3. Cuba untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam ini bagi memastikan otot mendapat masa yang cukup untuk membaiki dan pembesaran.

4. Jangan sesekali overtrainning cth 5 atau lebih set dan melebihi 15 ulangan terlampau berat ini akan menyebabkan otot memerlukan lebih masa rehat untuk digunakan kembali.

5. Bagi latihan untuk Chest teknik dumbbel flies adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana teknik ini tidak berfungsi sebagai penambahan otot tetapi sesuai untuk Shape


Sumber : http://binabadanmalaysia.tripod.com

MOVIE YANG AKAN KELUAR TIDAK LAMA LAGI

Cerita yang dinantikan oleh ramai orang TRANSFORMERS 3.. Dark of The Moon..
tak tau ape jadi lak kat bulan hehehe... we are here.. we are waiting..




Satu lg cerita yang bakal kuar... KL GENGSTAR pada JUN 2011

Cerita ni cerita gengstar2 la pukul sana sini .. tgk trailer macam best je tak pe kita tunggu sama2..

CUTI HARI PEKERJA

Boring Punya Pasal Pada Hari Cuti Baru ni aku telah ke lokasi berhampiran untuk berhibur bersama keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan....

kebetulan pula ari yang sama kenduri di rumah sahabat ku di lokasi yang sama jadi setelah menghadiri majlis tersebut aku terus ke pawagam berhampiran untuk melihat ape yang ada...

sampai je di sana aku terus membeli tiket pertama untuk tayangan jam 2.15 petang.. filem THOR... dan aku lihat lagi kot2 ada yang menarik ... terus aku beli satu lagi tiket
fast and furious 5..untuk tayangan 4.45 petang... hehehe


THOR


FAST AND FURIOUS 5


Apa yang aku boleh katakan adalah... kedua-dua cerita tersebut sangat lah best... rugi kalau tak tgk ... walau pun kadang2 kita tgh khusyuk layan ceritanya ada plak tah sape2 menggoyang2 kan kerusi dengan kakinya dan cuba berbuat bising... ia tetap tidak mengganggu kenikmatan menonton kepada kaki-kaki wayang ..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...